ASAL USUL PENGUNAAN PERKATAAN RINGGIT DALAM MATAWANG MALAYSIA
ASAL USUL PENGUNAAN ISTILAH RINGGIT
DALAM MATAWANG MALAYSIA
RIYAL atau REALLE matawang penjajah yang awal dikenali sebagai RIYAL BATU yang dibuat daripada potongan silver bar yang dipotong dengan ditimbang dalam sukatan berat yang sama dan sekiranya berat berlebihan kepingan tadi akan dikacip buang dan ini menyebabkan bentuk antara RIYAL tidak sama bentuk dan dichop kilang atau pengeluar RIYAL tersebut . Di Sepanyol dikenali sebagai CABO DE BARRA REALLE bermaksud Riyal dihujung batang . RIYAL ini menghadapi banyak masalah pengunaanya diantaranya ialah bentuknya adalah tidak standard dan sekata dan wang ini selalu dikacip untuk dicuri lagam peraknya .
Penjajah dengan kemajuan teknologi telah mereka bentuk wang barunya dengan bentuk standad dan seragam dalam bentuk bulat dengan langkah keselamatan bentuk begerigi atau beringgit-ringgit di bahagian tepinya agar kepingan tadi tidak dipotong atau dipalsukan . Syiling ini diedarkan di Nusantara dengan dikenali sebagai RIYAL RINGGIT bergerigi mengantikan RIYAL BATU .
Dari ciri keselamatan RIYAL RINGGIT Sepanyol yang mempunyai bentuk beringgit-ringit iaitu bergerigi ditepi inilah maka asal istilah digunapakai dalam pengunaan sukatan dalam Matawang Malaysia iaitu RINGGIT dan terus diguna pakai diTanah Melayu mengunakan RINGGIT sebagai Matawang kita . Nilaian RINGGIT adalah bersamaan dengan pecahan 100sen . Dan sebutan RINGGIT ini terus mendominasi dan kekal dalam penngunaan Matawang di Malaysia . Pada tahun 1996 Bank Negara malayasia telah memberi penjenaman baru RINGGIT dari simbol $ kepada RINGGIT MALAYSIA dengan simbol RM .
SIMBOL $
Dalam penulisan atau pengunaan simbol RINGGIT adalah ditulis simbol $ . Sebenarnya tanda ini berasal dengan merujuk kepada Matawang Sepanyol 8 RIYAL atau dikenali di Nusantara sebagai RINGGIT SEPANYOL. Rekabentuk $ adalah dari angka 8 yang diletakan bertindih diatas 2 garisan tegak merujuk kepada 8 adalah nilaian Riyal sepanyol iaitu 8 RIYAL dan 2 garisan tegak adalah 2 batang 'Pillar of Herculis ' yang terdapat pada muka hadapan 8 RIYAL Sepanyol yang dikenali juga sebagai RINGGIT MERIAM . Simbol $ untuk RINGGIT MALAYSIA telah digunakan oleh Inggeris pada Wang Kertas Malaya pada tahun 1941 .Dan simbol $ ini terus digunakan oleh Bank Negara Malaysia dalam simbol Wang Kertas Malaysia sehingga tahun 1996 . Penjenamaan baru kepada simbol $dalam RINGGIT MALAYSIA bermula pada tahun 1996 dengan mengunakan simbol baru RM iaitu Ringgit Malaysia .
Dibawah ini dipaparkan gambar-gambar Syiling-Syiling yang digunakan di rantau Nusantara pada suatu ketika dahulu dan ianya telah menjadi ikon dan ikutan dalam asal sebutan Matawang negara kita . Syiling=syiling ini amat sukar ditemui pada masa ini bagi yang original dan kebanyakannya yang ada dipasaran adalah forjery tempaan baru . Galeri Sha Banknote akan memaparkan beberapa koleksi yang telah digred dan disahkan ketulinan oleh pihak Grader Antarabangsa NGC Numismatic Guaranty Corporation seperti yang diehsan dibawah ini .
******************
[ Rujukan Pertama NGC 2781129-005 ]
8 REAL MIXICO
8 REAL MIXICO
1759 MO MM 8 REAL
Serial MM
Serial MM
RINGGIT MERIAM
Berusia 254 tahun
Dikeluakan pada tahun 1759 oleh Kerajaan Mexico Sepanyol
Digunakan di Nusantara dikenali sebagai RINGGIT MERIAM
atau Mexico 8 real . RINGGIT MERIAM ini berusia 254 tahun
***************************************************
[ Rujukan kedua NGC3596400-005 ]
8 REAL MEXICO
1771M0 8 REAL
Series FM
RINGGIT MERIAM
Berusia 242 tahun
Inilah RINGGIT MERIAM Series FM
Telah digred dan diSahkan ketulinan dan kondisinya
Oleh Numismatic Guaranty Corporation NGC USA
Condition Very Fine VF
Berusia 242 Tahun
REVERSE
REVERSE
RINGGIT PATONG
Berusia 254 tahun
Inilah Ringgit Meriam Sereis MM
Ketulinan dan kondisi yang telah disahkan dan digred
oleh Numismatic Guaranty Corporation NGC USA
Condition Very Fine VF
Berusia 254 Tahun
Dikeluakan pada tahun 1759 oleh Kerajaan Mexico Sepanyol
Digunakan di Nusantara dikenali sebagai RINGGIT MERIAM
atau Mexico 8 real . RINGGIT MERIAM ini berusia 254 tahun
Inilah RINGGIT MERIAM moden yang dikeluarkan oleh Penjajah
Sepanyol mengantikan Real Cob/Riyal Batu yang berbentuk selender.
RINGGIT MERIAM ini dinamakan kerana berdasarkan bentuk
2 batang tiang roman pillar berbentuk seakan-akan Meriam .'
DAN
Lihat edge sisi RINGGIT MERIAM ini. rekabentuk Beringit-ringit
bergerigi adalah security khas bagi mengelakan pemalsuan dan
digunting untuk dicuri kandungan perak sebagaimana berlaku kepada
Real Cob/Riyal Batu syling terdahulu. Bentuk security berbentuk
BERINGGIT-RINGGIT bergerigi inilah ASAL perkataan yang
Digunakan dalam Matawang Malaysia kita iaitu RINGGIT Malaysia
Berusia 254 Tahun
REVERSE
Mukabelakang
DOLLAR HISPAN @ REAL MIXCO @ RINGGIT MERIAM
DiSahkan ketulinan oleh NGC USA
King Ferdinand VI 1759
Serial MM 8 Real
Hispan Et Ind Rex
Berusia 254 Tahun
Rarity Extremely rare
Estimate value RM4800,00
[ Rujukan kedua NGC3596400-005 ]
8 REAL MEXICO
1771M0 8 REAL
Series FM
RINGGIT MERIAM
Berusia 242 tahun
Inilah RINGGIT MERIAM Series FM
Telah digred dan diSahkan ketulinan dan kondisinya
Oleh Numismatic Guaranty Corporation NGC USA
Condition Very Fine VF
Berusia 242 Tahun
RINGGIT MERIAM ini dikeluarkan pada tahun 1771MO
Denomination 8 Real Mexico series FM
Condition VF Very Fine
Guaranted Authetic by NGC
Berusia 242 Tahun
Vtraque Vnum
Ini adalah RINGGIT MERIAM atau 8 Real mexico tahun 1771dan
telah berusia 242 tahun yang telah digunakan rantau Nusantara oleh
Penjajah Sepanyol . RINGGIT MERIAM ini ditempa dengan mesin
moden oleh Penjajah mengantiklan Real Cob atau Riyal Batu yang lama.
RINGGIT MERIAM ini mula ditempa dengan ciri keselamatan bentuk
bulat dan sisi edgenya BERINGGIT-RINGGIT bentuk bergerigi dan
inilah rujukan asal digunakan menamakan RINGGIT bagi Matawang
Sepanyol di Nusantara pada ketika itu. Dan perkataan RINGGIT ini
terus digunapakai dalam istilah piawaian Matawang Tanah Melayu
dan sehingga kehari ini di gunakan oleh Bank Negara Malaysia .
dan inilah asas asal usul sebenar RINGGIT MALAYSIA dirujukkan
Dikeluarkan oleh King Carolus III pada tahun 1771
Dollar Hispan @ Real Mixco @ Ringgit Meriam
Berusia 242 Tahun
Disahkan ketulinan oleh NGC USA
Berusia 242 Tahun
CAROLVS .III ,D,G
HISPAN.ET IND.REX
Rarity Extremely rare
Usia 242 Tahun
Grade VF Very Fine
Estimate Value RM4800
**************************************************
[ Rujukan ketiga 3067302-003 NGC ]
8 REAL MEXICO
RINGGIT PATONG
1783MO FF Series
Berusia 230 tahun
Ini RINGGIT PATONG atau 8Real Mexico Series FF
Telah digred dan diSahkan ketulinan dan Kondisinya
oleh Numismatic Guaranty Corporation NGC USA
Top Grade Genuine
Berusia 230 Tahun
RINGGIT PATONG ini dikeluarkan pada tahun 1783
El Cazador Mexico Sepanyol
Denomination 8 Real
Condition Genuine
NGC Shipwreck Certification
Berusia 230 Tahun
OBVERSE
Inilah RINGGIT PATONG 8 Real yang dikeluarkan pada tahun
1783 edisi selepas RINGGIT MERIAM dikekalkan dalam ciri-ciri
keselamatan dalam betuk bulat dan sisi Beringgit-ringgit bergerigi.
Real Mexico ini terkenal di Nusantara dengan nama RINGGIT
PATONG kerana merujuk kepada Potret pada Coin ini yang
menyerupai patong berhidung tinggi dan besar.
Usia coin RINGGIT PATONG ini adalah 230 Tahun lamanya
Berusia 230 Tahun
RINGGIT PATONG
Dikeluarkan oleh King Corolus III pada tahun 1783
RINGGIT PATONG@ 8 REAL MEXICO@ HISPAN DOLLAR
Berusia 230 tahun
Reverse
HISPAN ET IND REX
1783MO 8 Real MM series
RINGGIT PATONG
Berusia 230 Tahun
RINGGIT PATONG
Berusia 230 Tahun
Rarity Extremely Rare RRR
Estimate Value NGC Grader VF RM4500
******************************************
[ Rujukan keempar NGC 2777908=004 ]
8 REAL MEXICO
RINGGIT PATONG
1821ZS RG Series
Condition AU NGC USA
Berusia 192 Tahun
8 REAL MEXICO
RINGGIT PATONG
1821ZS RG Series
Condition AU NGC USA
Berusia 192 Tahun
Ini adalah RINGGIT PATONG atau 8 Real Mexico RG series
Telah digred dan diSahkan ketulinan dan kondisinya
Numismatic guaranty Corporation NGC USA
Condition AU About Uncirculated
Berusia 192 Tahun
RINGGIT PATONG @ 8 Real Mexico ini telah digunakan
pada Tahun 1821ZS series RG
Zacatecas KM- 111.5
Condition AU
NGC 2777908-004
Berusia 192 Tahun
OBVERSE.RINGGIT PATONG ini masih mempunyai ciri keselamatan disisi
Edgenya dalam bentuk sisi BERINGGIT- RINGGIT bergerigi.
Potret Wajah Ferdinand VII tetera di syiling ini seakan-akan
patong dan inilah sebabnya syiling ini lebih dikenali sebagai
RINGGIT PATONG
Berusia 192 Tahun
OBVERSE 8 REAL RG Series
RINGGIT PATONG
Obverse
RINGGIT PATONG@ 8 REAL MEXICO
Berusia 192 Tahun
Hologram NGC
REVERSE Reverse
HISPAN ET IND. REX Z
8R RG
Berusia 192 Tahun
Rarity Extremely Rare RRR
Estimate Value NGC GENUINE RM4500
*******************************
[ Rujukan kelima NGC 2777908-004 ]
8 REAL MEXICO
1885GO RR 8 REAL
RINGGIT GARUDA
Condition AU
Berusia 120 Tahun
OBVERSE 8 REAL RR Series
RINGGIT GARUDA
Obverse
Inilah RINGGIT GARUDA @ 8 Real Mexico
digunakan tahun 1885 dikeluarkan oleh Penjajah
Sepanyol. RINGGIT GARUDA ini adala edisi
selepas RINGGIT PATONG. Dinamakan sebagai
RINGGIT GARUDA adalah kerana dibelakang
duit ini terdapat gambar Garuda.
Berusia 120 Tahun RINGGIT GARUDA ini telah diedar pada tahun 1885GO dengan
nilaian 8 Real Mexico series RR
RINGGIT GARUDA ini telah digred oleh NGC USA
Condition AU Detail
NGC 3351858-016
Berusia 120 Tahun
OBVERSE
8 REAL G RR 10Ds 20Gs
1885 GO RR 8R
LEBERAD MATAHARI
RINGGIT GARUDA
Berusia 120 tahun
RINGGIT GARUDA Ini lah Gambar Garuda yang menyebabkan duit
ini dikenali sebagai RINGGIT GARUDA
Berusia 120 Tahun
Hologram Numismatic guaranty Corporation
REVERSE Reverse
REPUBLICA MEXICANA
GARUDA MENYAMBAR ULAR
Berusia 120 Tahun
Rarity Extremely rare RRR
Estimate Value NGC Grader AU RM4500.00
Rumusan *****
Perkataan RINGGIT yang digunakan dalam sebutan Matawang Malaysia adalah berasal daripada sebutan ciri-ciri keselamatan pada Syiling 8 Real Mecixo yang dikenali samada RINGGIT MERIAM, RINGGIT PATONG atau RINGGIT GARUDA merujuk kepada perkataan istilah security edge duit tersebut yang ditempa disisi edgenya berbentuk BERINGIT-RINGGIT iaitu bergerigi .
sumber:http://sharuddin58.blogspot.my/search/label/ASAL%20USUL%20RINGGIT%20MALAYSIA
No comments:
Post a Comment
HI