Saturday 4 June 2016

(Gambar) Mata Wang Kolonis Jepun semasa WW2!

Let share knowledge

Ketika Jepun menawan Asia Tenggara pada tahun 1942, mereka telah mengeluarkan mata wang Jepun bagi urusan jual beli di sekitar wilayah yang mereka jajah. Penggunaannya berakhir ketika Jepun menyerah kalah kepada Pakatan Berikat pada 1945.
Di Tanah Melayu, istilah ‘Duit Daun Pisang’ telah digunakan untuk merujuk kepada mata wang yang diperkenalkan oleh Jepun. Panggilan tersebut sebenarnya merujuk kepada imej pokok pisang yang terdapat pada dada mata wang bernot 10.
Duit Daun Pisang telah menyebabkan kadar inflasi yang cukup tinggi apabila penjajah Jepun telah sewenang-wenangnya mengeluarkan mata wang tersebut tanpa had. Ketiadaan nombor siri pada mata wang tersebut menambahkan keparahan ekonomi Tanah Melayu di saat itu. Kepada yang masih percaya kepada penjajah British, mereka telah bertindak menyimpan mata wang Dolar Selat dan mata wang Dolar Malaya semasa penjajahan Jepun.
Pada tahun 1945, Jepun telah menyerah kalah dan British kembali ke Tanah Melayu sejurus selepas itu. British kemudian memansuhkan penggunaan mata wang Jepun dan nilai tersebut jatuh merudum. Kepada mereka yang menyimpan Dolar Selat dan Dolar Malaya semasa penjajahan Jepun, mereka telah berjaya mengatasi kemerosotan ekonomi dan bankrapsi di rantau Asia Tenggara.
Mata-mata wang serupa turut dikeluarkan di Burma(dipanggil Rupee Jepun), Hindia Timur Belanda, kini dikenali Indonesia(dipanggil Guilder Jepun) dan Filipina(dipanggil Peso Jepun).


Not 1 shilling Jepun yang digunakan di kawasan pengguasaan British sebelum kedatangan Jepun.

5 Guilder Jepun yang digunakan di kawasan pengguasaan Belanda sebelum kedatangan Jepun.
(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)
Mata wang 100 Yuan semasa pengguasaan Jepun di China. Dikeluarkan pada 1938.

Mata Wang Peso semasa pengguasaan Jepun ke atas tanah jajahan Amerika Syarikat di Filipina.

Mata wang bernot 10 Burma-Rupee semasa pengguasaan Jepun ke atas Burma(Myanmar). Keluaran 1943.
Mata wang Dollar semasa pengguasaan Jepun ke atas Tanah Melayu. Mata wang ini bernilai 1000 Dollar.


sumber:https://takusahrisau.wordpress.com/2011/05/13/gambar-mata-wang-kolonis-jepun-semasa-ww2/

No comments:

Post a Comment

HI