Saturday, 4 June 2016

Biodata Gabenor Bank Negara baru, Datuk Muhammad bin Ibrahim

Biodata Gabenor Bank Negara baru, Datuk Muhammad bin Ibrahim


Datuk Muhammad bin Ibrahim, bakal Gabenor Bank Negara yang baru menjelang 1 Mei, menyertai Bank Negara sejak 1984, mempunyai pengalaman selama 32 tahun di bank pusat Malaysia, dan menjawat jawatan Timbalan Gabenor sejak 2010. 
ibrahim_600x400, Gabenor Bank Negara baru
Berikut ialah latar belakang pendidikan bakal Gabenor Bank Negara Malaysia yang baru.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai:
  • Pengerusi Agensi Akreditasi Kewangan
  • Ahli Lembaga Dana Persaraan Diperbadankan
  • Ahli Institut Akauntan Malaysia
  • Ahli panel Dana Amanah Nasional
  • Pengerusi Senat Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam
  • Pengerusi Jawatankuasa Irving Fisher, Statistik Bank Pusat, Bank untuk Penyelesaian Antarabangsa
  • Felo Institut Ahli Perbankan Bertauliah ASEAN
  • Pengarah Urusan, Danaharta Nasional Berhad, agensi yang membantu memulihkan syarikat-syarikat yang terjejas dalam krisis ekonomi Asia 1997/98
Sebagai perbandingan, Gabenor Bank Negara sekarang, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz:
zeti_600x400
  • Tingkatan Enam, St John’s Institution
  • Ijazah Sarjana Muda dalam Ekonomi, Universiti Malaya (UM)
  • Ijazah Sarjana dalam Ekonomi, University of Pennsylvania (Penn State)
  • Doktor Falsafah dalam Kewangan dan Ekonomi Antarabangsa, University of Pennsylvania (Penn State)
Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz pernah berkhidmat sebagai:
  • Penganalisis ekonomi di South-East Asia Central Bank Training & Research Center (1979-1984)
  • Timbalan Pengurus di Jabatan Ekonomi, Bank Negara Malaysia (1984-2000)
  • Pernah dinamakan Gabenor Bank Negara terbaik dunia pada tahun 2009.
  • Tokoh Maal Hijrah 1432H (2010).
  • Salah satu calon menggantikan Dominique Strauss-Kahn, Pengerusi IMF yang terpaksa meletakkan jawatan pada 2011. Bagaimanapun jawatan tersebut dijawat oleh Christine Lagarde.

sumber:http://afterschool.my/bm/berita/biodata-gabenor-bank-negara-baru-muhammad-bin-ibrahim/

No comments:

Post a Comment

HI