Saturday 4 June 2016

Duit Penjajahan Jepun (Duit Pokok Pisang)

Let share knowledge



Duit Penjajahan Jepun (Duit Pokok Pisang)


Salam Numismatik. Post kali ini penulis ingin membawa tuan-tuan dan puan-puan yg membaca blog ini untuk mengenal satu lagi versi duit yang wujud dalam numismatik Malaysia. Iaitu Duit Penjajahan Jepun (Japanese Invasion Money) atau orang tua-tua sebutDuit Pokok Pisang.
Sebelum ni jika tuan2 baca posting saya, saya ada menceritakan tentang duit Straits Settelment dan Duit Board of Commissioners Curreny Malaya. Kali ini kita kenal pula duit yang penuh sejarah seperti duit sebelum ini iaitu Duit Penjajahan Jepun. Sebelum tu jop macam biasa kita imbas sejarah dulu.
Perang Dunia Ke-2
Tahun 1941 merupakan tahun yang paling bersejarah dan gelap apabila hampir seluruh negara di dunia dilibatkan dalam Perang Dunia Ke-2. Perang Dunia Ke-2 bermula apabila Empayar Jepun telah mengheret Amerika di dalam serangan nya di Pearl Habour, Hawaii pada 7 December 1941. Ketika itu dunia dikejutkan dengan kebangkitan Empayar Jepun yang berani menyerang kuasa besar seperti Amerika.
image
Gambar 1.1 : Serangan tentera udara Jepun di Pearl Harbour
Empayar Jepun 
Empayar Jepun telah lama bercita cita untuk memperluaskan pengaruh dan kuasa nya ke atas Asia. Ketika itu kebanyakan negara-negara Asia telah banyak dijajah oleh Penjajah Eropah sejak kurun ke 14. Jepun pada awal sebelum perang dunia ke-2 telah meyakinkan penduduk Asia ketika itu untuk membebaskan Asia daripada penjajah Barat. Mereka telah menggunakan konsep “Asia Untuk Orang Asia” dan “Kemakmuran Bersama Asia Timur”untuk meyakinkan penduduk Asia bagi terus menyokong Empayar Jepun untuk menghalau penjajah Barat.
Empayar Jepun terus bertindak meperluaskan kuasa nya di Asia sejurus selepas serangan di Pearl Harbor di Kepulauan Hawaii. Pada 8 December 1941 (Hari yang sama ketika serangan di Pearl Harbor), tentera Empayar Jepun terus mara ke Tanah Melayu, British North Borneo, Sarawak, Filipina Hong Kong & Kepulauan Kecil di sekitar Australia yang dikenali sebagai Oceania. Dengan serangan kilat serentak di seluruh Asia Tenggara. Tanah Melayu dan Singapura ketika itu di bawah jajahan British tidak boleh lari daripada kancah Perang Dunia ke-2.
image
image
Gambar 2.1 : Empayar Jepun meluaskan kuasa nya di Asia Pasifik setelah serangan di Pearl Harbor
Serangan Kilat Tanah Melayu
Serangan pertama di Tanah Melayu bermula pada tengah malam 8 December 1941 di mana tentera Empayar Jepun yang berpangkalan di IndoChina mendarat di pantai Kota Bahru. Serangan kedua tentera Empayar  Jepun apabila tentera Jepun memasuki ke Perlis dan Grik melalui Thailand iaitu di Singgora dan Pattani.
Tentera Jepun terus mara dari Utara menuju ke Selatan di mana titik terakhir untuk menakluk Tanah Melayu ialah Singapura yg berada di hujung Selatan. Berikut adalah garis masa serangan tentera Jepun di Tanah Melayu.
image
Gambar 3.1 : Pelan serangan tentera Jepun di Tanah Melayu
Garis Masa Serangan Tentera Jepun Di Tanah Melayu
8 Dec 1941 – Tentera Jepun mendarat di Kota Bahru, Grik dan Perlis
image
image
Gambar 4.1: Tentera Jepun mendarat di pantai Kota Bahru
9 Dec 1941 – Di pantai timur serangan udara Jepun di lakukan di Lapangan terbang tentera Kota Bahru, Gong Kedah dan Machang.
image
Gambar 4.2 : Tentera Jepun mengarah utk membina jambatan sementara di Kuala Krai
10 Dec 1941 – Tentera udara Jepun berjaya mengaramkan 2 buah Kapal Perang British iaitu Prince of Wales dan HMS Repulse di perairan Kuantan.
image
Gambar 4.3: Gambaran pelukis Jepun ketika tentera udara Jepun menyerang kapal Prince of Wales dan HMS Repulse di perairan Kuantan
11 Dec 1941 – Jepun mendapat tentangan yg pertama di Jitra dikenali sebagai Battle Of Jitra.
image
Gambar 4.4: Pelan pertahanan  Battle of Jitra
12 Dec 1941 – Tentera udara Jepun mengebom kepulauan Pulau Pinang. Lebih 2000 org terkorban dalam siri serangan pertama di Pulau Pinang.
image
Gambar 4.5: Kapal terbang pengebom Jepun yg sedang terbang utk mengebom Pulau Pinang
15 Dec 1941 – Tentera British terpaksa berundur dari Alor Setar. Tentera Jepun menawan bandar Alor Setar dan menuju ke Butterworth.
17 Dec 1941 – setelah beberapa siri pengeboman udara di Pulau Pinang, tentera Jepun mendarat di Pulau Pinang tanpa tentangan pihak British yg telah berundur.
image
Gambar 4.6: Tentera Jepun mendarat di Pulau Pinang
20/21 Dec 1941 – Tentera Jepun telah mara menuju ke Kuala Kangsar. Terdapat beberapa siri tentangan di kawasan Grik – Kuala Kangsar.
26 Dec 1941 – Tentera Jepun berjaya menawan bandar Taiping dan Kuala Kangsar.
image
Gambar 4.7: Engineer Tentera British sdg memasang bahan letupan untuk meletupkan jambatan utk menghalang kemaraan tentera Jepun
29 Dec 1941 – Tentera British menyerang hebat tentera Jepun yg tengah mara menuju ke Kampar. Battle of Kampar bermula. Banyak tentera Jepun terbunuh dlm serangan ini.
image
Gambar 4.8: Pertahanan askar Gurkha ketika Battle of Kampar
31 Dec 1941 – Tentera Jepun cuba menawan bandar Kuantan tapi diserang teruk oleh artileri tentera British.
Tahun 1942
2 January 1942 – Battle of Kampar berlarutan sehingga hari ke-4. Tentera Jepun masih tidak dapat mara. General Yamashita mengambil tindakan drastik utk menggerakkan askar nya di Pulau Pinang utk menggunakan jalan laut di Selat Melaka utk mara.
image
Gambar 4.9: Pelan pertahanan Battle of Kampar.
3 January 1942 – Tentera Jepun cuba mendarat di antara Sungai Perak dan Sungai Bernam di Bagan Datoh tetapi mendapat tentangan kuat daripada British di pantai sewaktu mendarat.
image
image
Gambar 4.10: Gum Card menceritakan serangan Jepun di Bagan Datoh
4 January 1942 – Tentera Jepun menawan bandar Teluk Anson, Bidor, Kampar dan Tapah. Tentera British di Teluk Anson (Teluk Intan) & sekitar Sungai Bernam berundur ke Slim River.
Melalui jalan laut tentera Jepun menawan Kuala Selangor.
image
Gambar 4.11: Tentera Jepun mara ke sekitar Teluk Anson & Bidor
7 January 1942 – Battle of Slim River bermula.
image
Gambar 4.12: Pelan Battle of Slim River
9/10 January 1942 – Tentera British berundur ke Kuala Kubu. Tentera Jepun menuju ke Tanjung Malim. Tentera Jepun menyerang askar Gurkha British di Serendah.
11 January 1942 – Tentera Jepun memasuki Kuala Lumpur. Menawan 2 buah lapangan terbang utk digunakan oleh tentera udara nya. Tentera Jepun melalui jalan laut menawan Port Swettenham (Port Klang). Tentera Jepun mara menuju ke Port Dickson.
image
image
Gambar 4.13: Askar Jepun sedang mara di Kuala Lumpur
13/14 January 1942 – Serangan hendap tentera British dilakukan di Gemenceh Negeri Sembilan. Jepun menghantar beberapa buah kapal terbang utk mengebom bandar Muar.
image
Gambar 4.14: Serangan hendap askar British di Gemenceh
15/16 January 1942 – tentera Jepun berjaya mendarat di Melaka, Muar & Batu Pahat dengan bot kecil melalui jalan laut. Tentera Jepun di Tampin mara menuju ke Gemas, Buloh Kasap dan Segamat.
17/18 January 1942 – Tentera British mengumpulkan askarnya di Bukit Pelandok utk mempertahankan Muar & Yong Peng.
19-23 January 1942 – Pertembungan serangan di antara tentera Jepun dan British. Jepun menawan Yong Peng, Muar, Segamat, Bukit Pelandok, dan  Batu Pahat
image
Gambar 4.15: Pertahanan Askar Artileri Australia menahan kemaraan Askar Jepun di Bakri.
26 January 1942 – Tentera Jepun di pantai timur tiba di Endau. Di pantai barat tentera Jepun tiba di Ayer Hitam dan Senggarang, Rengit & Benut.
image
Gambar 4.16: Tentera Jepun mara menggunakan basikal ketika menyerang Tanah Melayu
27 January 1942 – Tentera British berundur di Johore Bahru.
30-31 January 1942 – Tentera Jepun mara ke Johore Bahru dan menerima tentangan British di Johore Bahru. Tentera British berundur di Singapura.
image
Gambar 4.17: Tentera Jepun berlindung di stesen keretapi di Johore Bahru
1-6 February 1942 – Tentera Jepun mengebom kepulauan Singapura dgn serangan artileri dan kapal terbang terhadap lapangan terbang tentera British dan pelabuhan2 di Singapura sementara menunggu jurutera Jepun menyiapkan jambatan sementara untuk mendaratkan askar nya di Singapura.
image
Gambar 4.18: Singapura di bom oleh serangan udara & artileri tentera Jepun
6-9 February 1942 – Tentera Jepun mendarat di Singapura di melalui Sungai Ubin, Sungai Sarimbun dan Pulau Ubin.
image
Gambar 4.19: Pelan serangan Jepun di Singapura
9-10 February 1942 – Tentera British, Australia, Gurkha dan Askar Melayu menyiapkan pertahanan terakhir di Bukit Timah utk menahan kemaraan tentera Jepun.
image
Gambar 4.20: Tentera Jepun mara memasuki Singapura
11-12 February 1942 – Tentera Jepun menyerang Bukit Timah dan mendapat tentangan serangan pertahanan yang kuat drpd pihak British. Banyak tentera Jepun terkorban untuk mendapatkan Bukit Timah. Namun tentera British dan askar nya tewas. Antaranya Leftenan Adnan yg menjadi lagenda dan mimpi ngeri bagi tentera Jepun melawan serangan Jepun hingga akhir hayat nya.
image
Gambar 4.21: Pertahanan terakhir tentera British di Bukit Timah
14 February 1942 – General Percival iaitu High Commandor Of British Army di Tanah Melayu & Singapore menyerah kalah kepada General Yamashita dan askar2 nya. Lebih kurang 30,000 askar British Komanwel spt Australia, Gurkha India dan Melayu ditawan oleh pihak Jepun.
image
image
Gambar 4.22: General Percival menyerah kalah secara rasmi kepada General Yamashita
Penyerahan Kalah British di Singapura & Tanah Melayu
Bendera British diturunkan sebaik sahaja Pihak British menandatangani penyerahan kalah pihak British di Singapura dan Bendera Jepun dinaikkan di Singapura tanda kemenangan dan penaklukan Jepun di Tanah Melayu dan Singapura pada 14 February 1942.
image
Gambar 5.1: Tentera Jepun meraikan kemenangan mereka menakluk Tanah Melayu & Singapura
Bermulah la satu era penjajahan baru bagi penduduk Tanah Melayu dan Singapura. Dimana mereka di kuasai oleh org Asia dan ia juga bermula mimpi ngeri bagi penduduk Tanah Melayu dan Singapura akibat kekejaman pemerintahan tentera Jepun selama 3 tahun 9 bulan.
Era Penjajahan Jepun
Setelah British menyerah kalah, Jepun telah menjadi tuan kepada penduduk Tanah Melayu & Singapura. Jepun melaksanakan pemerintahan tentera yang telah di amalkan di negara nya. Banyak kejadian2 buruk yang berlaku di tanah Melayu ketika pemerintahan tentera Jepun di Tanah Melayu dan Singapura. Antaranya pembunuhan etnik kaum Cina  beramai ramai (Sook Ching Masscare) yg sering dilakukan oleh Kapentai (Iaitu polis tentera Jepun).
Pihak tentera Jepun juga cuba untuk menukar sistem pemerintahan termasuk sistem persekolahan, undang2 dan lain mengikut cara sistem yg di amalkan di Jepun.
image
Gambar 6.1 : Kanak-kanak Tanah Melayu di ajar utk mentaati maharaja Jepun dan mengibarkan bendera Jepun
Duit Penjajahan Jepun
Selain itu sistem matawang di Tanah Melayu juga di tukar oleh Pihak Jepun. Pihak Jepun telah memperkenalkan matawang yang baru untuk menggantikan matawang British yg digunakan sebelum ini oleh penduduk di Tanah Melayu & Singapura. Matawang ini diperakui oleh kerajaan Jepun yang memerintah Tanah Melayu dan Singapura ketika itu. Matawang ini dikenali sebagai The Japanese Goverment Money. Nilai matawang nya juga menggunakan nilai Dollar sama seperti matawang British.
Nilai matawang ketika Pihak Jepun memerintah Tanah Melayu ketika itu adalah :-
$1 Dollar Jepun = $1 Dollar British Malaya.
Pada awal permulaan penjajahan Jepun, Jepun telah membawa matawang yang telah di cetak di Jepun untuk dibawa dan digunakan di Tanah Melayu. Yokohama Spiece Bank telah diberi mandat dan tanggungjawab untuk mencetak dan design duit2 penjajahan Jepun di Asia.
Pihak Jepun menggunakan tumbuhan yang mereka temui di Tanah Melayu dan tidak terdapat di negara mereka sebagai corak bagi duit kertas keluaran mereka antara gambar yg jelas adalah pokok dan buah Pisang dan Nenas sebagai simbol utama bagi duit 10 Dollar dan Coconut Bread (Buah Sukun) bagi duit 1 Dollar dan Kelapa bagi duit 5 Dollar. Kebanyakan tumbuhan ini mudah ditemui di Tanah Melayu.
Matawang Bernombor Siri (1941)
Pada awal permulaan pihak Jepun telah mengeluarkan matawang yang bernombor siri seperti wang kertas British sebelum ini. Antaranya matawang tersebut berdominasi 1 Dollar, 5 Dollar dan 10 Dollar.
Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang diperkenalkan dengan Matawang Penjajahan Jepun di Tanah Melayu diikuti dengan negeri2 lain.
Dalam numismatik, duit Jepun yang bernombor siri adalah sukar untuk didapati dan harga nya agak mahal. Ini merupakan duit Jepun yg bernombor siri yg mula-mula dikeluarkan oleh pihak Jepun.
image
1 Dollar The Japanese Goverment [With Series No]
Pick No : KNB5a
Issue Date: 1941
Printer : Yokohama Spiece Bank
Watermark : Kiri Flower
Obverse : Bread Fruit
Reverse : Geometrical Design
image
5 Dollar The Japanese Goverment [With Series No]
Pick No : KNB6a
Issue Date : 1941
Printer  : Yokohama Spiece Bank
Watermark : Kiri Flower
Obverse : Coconut Tree
Reverse : Geometrical Design
image
10 Dollar The Japanese Goverment [With Series No]
Pick No : KNB7a
Issue Date : 1941
Printer  : Yokohama Spiece Bank
Watermark : Kiri Flower
Obverse : Banana Tree
Reverse : Sail Shipping at Sea
Setiap no siri bagi duit ini dimulai dgn huruf ‘M’ iaitu mewakili “Ma-Rai-Ee” atau pown ‘Malaya’. Dan duit bernombor siri hanya terdapat pada prefix MA dan MB.
Namun bg 10 Dollar prefix MB dgn no siri hanya terdapat 4 keping saje yang dikenal pasti. Ini cerita yg saya dapat daripada sifu saya. 2pcs di Singapura. 1pcs di Malaysia dan 1pcs di Jepun iaitu ‘Specimen’ bagi duit tersebut.
Duit Tanpa No Siri Pertama (1942)
Pihak Jepun telah mengeluarkan Duit Kertas tanpa no siri pada tahun 1942 bagi menggantikan duit Negeri-negeri Selat dan Duit Tanah Melayu. Ketika itu banyak duit ini telah dicetak dan dikeluarkan tanpa nilai perbendaharaan emas. Dan pihak Jepun sendiri tidak mengawal pengeluaran duit2 tersebut kerana duit ini tidak mempunyai no siri dan hanya mempunyai Block Letter sahaja. Dan jumlah pengeluaran nya tidak diketahui berapa banyak yang telah dikeluarkan.
Akibat oleh pengeluaran yang tidak terkawal, nilai matawang di Tanah Melayu pada tahun seterus nya telah jatuh menjunam dan mengakibatkan nilai inflasi yang mendadak naik ketika itu.
Antara duit yg dicetak adalah duit bagi nilai 1,5 & 10 Dollar
c360_2016-03-14-23-37-38-886.jpg
c360_2016-03-14-23-38-02-638.jpg
1 Dollar The Japanese Goverment
Pick No : KNB5b
Issue Date: 1942
Printer : Yokohama Spiece Bank
Watermark : Kiri Flower
Obverse : Bread Fruit
Reverse : Geometrical Design
c360_2016-03-15-00-03-22-088.jpg
c360_2016-03-15-00-03-45-660.jpg
5 Dollar The Japanese Goverment
Pick No : KNB6b
Issue Date : 1942
Printer  : Yokohama Spiece Bank
Watermark : Kiri Flower
Obverse : Coconut Tree
Reverse : Geometrical Design
Issue Paper : Woven Paper & Normal Paper
c360_2016-03-15-00-02-32-220.jpg
c360_2016-03-15-00-02-55-536.jpg
10 Dollar The Japanese Goverment
Pick No : KNB7b
Issue Date : 1941
Printer  : Yokohama Spiece Bank
Watermark : Kiri Flower / Silk Thread
Obverse : Banana Tree
Reverse : Sail Shipping at Sea
Issue Paper : Woven Paper & Normal Paper
Duit Tanpa No Siri Kedua (1942)
Pada tahun 1942, Pihak Jepun telah mengeluarkan duit kertas tanpa no siri yg kedua bagi note ‘Cent’ untuk digunakan di Tanah Melayu. Ini dibuat sementara bagi menggantikan duit syiling keluaran British dan juga ketika itu Pihak Jepun kekurangan bahan mentah seperti logam dan tembaga bagi menghasilkan duit syiling untuk kegunaan penduduk Tanah Melayu.
Antara duit yg dicetak adalah duit bagi dominasi 1,5,10 & 50 Cent
c360_2016-03-14-21-39-51-482.jpg
image
1 Cent The Japanese Goverment
Pick No : KNB1b
Issue Date: 1942
Printer : Yokohama Spiece Bank
Watermark : No Watermark
Obverse : ‘One Cents’ and block no (2 letter / Fractional letter)
Reverse : Geometrical Design
image
c360_2016-03-14-21-41-58-949.jpg
5 Cent The Japanese Goverment
Pick No : KNB2a
Issue Date: 1942
Printer : Yokohama Spiece Bank
Watermark : No Watermark
Obverse : ‘Five Cents’ and block no (2 letter / Fractional letter)
Reverse : Geometrical Design

c360_2016-03-14-22-27-08-194.jpg
c360_2016-03-14-22-27-34-073.jpg
10 Cent The Japanese Goverment
Pick No : KNB3a
Issue Date: 1942
Printer : Yokohama Spiece Bank
Watermark : No Watermark
Obverse : ‘Ten Cents’ and block no (2 letter / Fractional letter)
Reverse : Geometrical Design
c360_2016-03-14-22-27-59-050.jpg
c360_2016-03-14-22-28-20-445.jpg
50 Cent The Japanese Goverment
Pick No : KNB4b
Issue Date: 1942
Printer : Yokohama Spiece Bank
Watermark : MA-MB w/o watermark
MC-MT (Kiri Flower)
Obverse : Fan Banana Tree(2 letter )
Reverse : Geometrical Design
Zaman Inflasi Tanah Melayu
Pada tahun 1943 penduduk tanah Melayu telah mula mengalami kegawatan ekonomi dan zaman inflasi yang paling tinggi dalam sejarah Tanah Melayu. Ini kerana kerajaan Empayar Jepun yang menakluki Tanah Melayu tidak dapat melaksanakan perlaksanaan sistem ekonomi yg stabil. Ini disebabkan Jepun tidak mengawal pengeluaran matawang yang tiada had dan tanpa pembendaharaan emas simpanan. Selain itu pihak pertadbiran Jepun dan tentera Jepun ketika itu telah diserang oleh askar bersekutu iaitu Amerika di perairan Pasifik dan Asia. Setiap kali pihak Jepun kalah di dalam peperangan di Pasifik dan Asia, nilai matawang bagi setiap kawasan Jajahan Jepun akan jatuh mendadak. Ini berterusan sehingga tahun 1945.
image

Gambar 7.1: Tentera darat, laut dan udara Amerika menyerang kawasan jajahan Jepun di Pasifik Selatan
Ketika itu harga barangan di Tanah Melayu meningkat ratus kali ganda. Sehingga penduduk di Tanah Melayu terpaksa menggantikan makanan ruji mereka iaitu nasi kepada ubi kayu yang harga nya pada itu salah satu makanan yg cukup murah dan mampu dimiliki. Disebabkan peperangan yang berterusan dengan pihak Amerika, Pihak Jepun terpaksa mencatu segala keperluan termasuk makanan bagi penduduk Tanah Melayu.
Ketika itu dikhabarkan harga barangan meningkat daripada beberapa Dollar meningkat sehingga Ratusan malah mencecah Ribuan Dollar. Dan ini menyebabkan kesukaran penduduk Tanah Melayu untuk berurus niaga disebabkan nilai yang tinggi dan duit yang perlu dibawa terlalu banyak sehingga berguni guni.
Selain itu terdapat Duit Kertas Palsu yg telah diedarkan dgn jumlah yang banyak oleh bahagian Perisik dan Psikologi Perang oleh pihak British dan Amerika ketika itu membuatkan nilai matawang Kerajaan Jepun semakin tidak terkawal. Lambakan matawang palsu Jepun oleh pihak perisik tentera Amerika dan British menyebabkan nilai matawang Jepun di Tanah Melayu semakin jatuh.
image
Gambar 7.2 : Duit Palsu Penjajahan Jepun oleh S.O.E & O.S.S.
Matawang ini dikenali sebagai matawang S.O.E Counterfiet (Special Operation Execuation)dan O.S.S Counterfiet (Operation Special Services). Tujuan nya adalah sebagai salah satu langkah peperangan untuk menjatuhkan Pihak Jepun di Tanah Melayu. [Bahagian ini saya akan ceritakan kemudian di tajuk Matawang Jepun Keluaran Khas & Propaganda Issue]
Pihak Jepun telah mengambil langkah untuk mengeluarkan duit baru iaitu dikenali sebagai Duit Inflasi pada ketika itu. Duit tersebut bernilai 100 Dollar Jepun ketika itu.
Duit Inflasi Pertama (1943-1944)
c360_2016-03-14-23-38-26-160.jpg
c360_2016-03-14-23-38-47-856.jpg
100 Dollar The Japanese Goverment
Pick No : KNB8a
Issue Date: 1943-1944
Printer : Yokohama Spiece Bank
Watermark : Kiri Flower
Obverse : Village House
Reverse : Farmer with 2 Buffalos
Issue Paper : Woven Paper & Normal Paper
Pada pengakhiran 1944, nilai matawang Jepun di Tanah Melayu semakin merosot dan teruk. Nilai kejatuhan amat ketara dan semakin mendadak. Pihak Jepun terpaksa mengeluarkan Duit Inflasi yang kedua iaitu nilai 1000 Dollar dan 100 Dollar (Rubber Tapper) bagi memudahkan urusan perniagaan dan jual-beli namun duit itu tidak dapat digunakan kerana pengakhiran pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.
Duit Inflasi Kedua (1944-1945)
image
image
1000 Dollar The Japanese Goverment
Pick No : KNB10a (Red MU)
Issue Date: 1944-1945
Printer : Yokohama Spiece Bank
Watermark : Kiri Flower
Obverse : Buffalo Cart
Reverse : Farmer with 2 Buffalos
image
image
100 Dollar The Japanese Goverment (Rubber Tapper)
Pick No : KNB9a (Red MA)
Issue Date: 1945
Printer : South Development Bank
Watermark : Kiri Flower
Obverse : Rubber Tapper field & workers
Reverse : Village river house
Kebanyakan duit bagi 100 & 1000 Dollar tidak dapat digunakan oleh penduduk Tanah Melayu. Ini disebabkan Inflasi yang terlalu tinggi dan pada waktu itu penduduk Tanah Melayu telah hilang keyakinan terhadap matawang keluaran Jepun. Mereka lebih mahukan matawang British daripada Jepun kerana mereka percaya yang Jepun akan mengalami kekalahan di tangan Pihak Amerika & Britsh. Dan British akan kembali ke Tanah Melayu.
Untuk matawang ini kolektor boleh mendapatkan dengan banyak kondisi UNC kerana matawang ini banyak yang tidak pernah digunakan ketika itu.
Duit Syiling Contoh (Specimen)
Pada tahun 1942, pihak Jepun telah bersedia untuk mengeluarkan duit syiling bagi kegunaan penduduk Tanah Melayu bagi menggantikan duit kertas keluaran awal yg dikeluarkan oleh pihak Jepun. Jepun cuba menukar semula sistem matawang apabila Tanah Melayu dapat dikuasai sepenuh nya dan stabil pada ketika itu. Pada ketika itu pihak South Development Bank di Jepun telah mengeluarkan sampel Duit Syiling bagi kegunaan untuk penduduk Tanah Melayu. Namun perlaksaan itu terpaksa di batalkan apabila pihak Jepun mendapat tentangan hebat daripada serangan Amerika di Pasifik dan Asia.
Namun sampel syiling tersebut telah dihantar di Tanah Melayu pada ketika itu. Dan sampel syiling tersebut telah diserahkan kepada pihak British ketika Jepun menyerah kalah dan dikembalikan kepada Bank Negara Malaysia. Syiling tersebut telah di simpan di Muzium Sasana Kijang Bank Negara Malaysia sehingga hari ini.
Terdapat 2 keping sampel yang di tempa. Iaitu 10 cent dan 20 cent. Dan unik nya syiling ini, di atas syiling ini telah ditempa perkataan ‘MALAYSIA’ yang akan menjadi nama negara Tanah Melayu yg bergabung dengan Sabah & Sarawak pada 27 tahun akan datang.
image
Gambar 8.1: Antara syiling specimen yg di issue oleh Pihak Jepun
‘MALAYSIA’ pada syiling tersebut membawa maksud ‘Tanah Melayu Asia’ bagi pemimpin Jepun ketika itu.
Berakhirnya Penaklukan Jepun
Setiap permulaan pasti akan ada pengakhiran. Perang Dunia ke-2 telah berlarutan daripada tahun 1941 hingga 1945. Dalam tempoh 4 tahun, pihak tentera Amerika telah menyerang balas dan menakluk kembali kesemua tanah jajahan Jepun di Asia dan Pasifik Selatan.
Pada 6 Ogos 1945 pihak Amerika telah menggugurkan bom atom di tanah besar Jepun, bandar Hiroshima. Lebih 120,000 orang terkorban serta merta dlm siri serangan tersebut. Ianya bersamaan dgn 40% daripada populasi penduduk di Hiroshima.
image
Gambar 8.1: Pengguguran Bom Atom oleh tentera Amerika di Hiroshima Jepun
3 hari selepas itu, pihak Amerika telah menggugurkan lagi sebiji bom atom di bandar Nagasaki pada 9 Ogos 1945. Lebih 74,000 orang mati dan 74,000 cedera parah. 10,000 orang mengalami kesakitan akibat kesan radiasi drpd bom atom tersebut.
Pada 2 September 1945, Maharaja Hirohito telah mengarahkan askar2 Jepun untuk meletak senjata dan mengumumkan penyerahan kalah tanpa syarat kepada pihak Bersekutu Amerika.
Jepun menyerah kalah secara menyeluruh di Tanah Melayu dan Singapura pada 12 September 1945.
image
Gambar 8.2: Tentera Jepun meletakkan pedang sebagai tanda penyerahan kalah
image
Gambar 8.3: Askar Malaya memeriksa Tentera Jepun yg menyerah kalah di Kuala Lumpur.
Maka berakhirlah satu penjajahan yg berlaku di Tanah Melayu. Namun di saat berakhir nya satu penjajahan bagi numismatik, lahirlah satu generasi matawang di Tanah Melayu dikenali sebagai Japanese Invasion Money atau Duit Penjajahan Jepun.
image
Di arena numismatik kolektor Duit Penjajahan Jepun teramatlah luas. Dan bukan saja di Malaysia malah ia melibatkan seluruh pelusuk Asia. Dan kolektor bagi pengumpul Duit Penjajahan Jepun teramatlah ramai dan luas. Sebab kolektor bagi duit ini melibatkan mereka yg berada di seluruh Asia Tenggara. Bukan sahaja orang Asia, malah mereka kolektor yang daripada luar Asia seperti British, Australia dan Amerika juga mengumpul Duit Penjajahan Jepun kerana mereka pernah terlibat di dalam konflik Perang Dunia ke-2 bersama Jepun.
RSS:https://warisanumistik.wordpress.com/2016/03/15/duit-penjajahan-jepun-duit-pokok-pisang/

No comments:

Post a Comment

HI