Sebelum itu kita tahu siapa Gabenor2 yg pernah berkhidmat dengan Bank Negara Malaysia kita kenal dulu apa tugas Gabenor sebenar nya ni.. Jop kita tengok apa tugas Gabenor sebenarnya dalam Bank Negara Malaysia ni…
GABENOR
Gabenor ialah gelaran bagi seorang eksekutif yang memerintah atau mentadbir sesuatu wilayah atau tanah jajahan, pangkatnya di bawah ketua negara. Dalam persekutuan, gabenor merupakan salah satu gelaran yang sering digunakan untuk ahli politik yang mentadbir negeri. Gabenor atau dalam bahasa Inggerisnya “Governor” berasal dari perkataan “govern” yang membawa maksud memerintah.
Gabenor ialah gelaran bagi seorang eksekutif yang memerintah atau mentadbir sesuatu wilayah atau tanah jajahan, pangkatnya di bawah ketua negara. Dalam persekutuan, gabenor merupakan salah satu gelaran yang sering digunakan untuk ahli politik yang mentadbir negeri. Gabenor atau dalam bahasa Inggerisnya “Governor” berasal dari perkataan “govern” yang membawa maksud memerintah.
Gabenor juga boleh merujuk kepada ketua sesebuah institusi, seperti syarikat atau bank.
GABENOR BANK NEGARA
Seksyen 15 (1) Akta Bank Negara Malaysia 2009 memperuntukkan bahawa Gabenor hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, dan Timbalan Gabenor oleh Menteri (yang bertanggungjawab terhadap kewangan negara). Sejak penubuhannya pada tahun 1959, Bank Negara Malaysia sudah mempunyai tujuh orang Gabenor.
Seksyen 15 (1) Akta Bank Negara Malaysia 2009 memperuntukkan bahawa Gabenor hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, dan Timbalan Gabenor oleh Menteri (yang bertanggungjawab terhadap kewangan negara). Sejak penubuhannya pada tahun 1959, Bank Negara Malaysia sudah mempunyai tujuh orang Gabenor.
Gambar 1.1 : Gabenor Bank Negara Malaysia
SENARAI GABENOR PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Tan Sri W.H. Wilcock
Januari 1959 – Julai 1962
Januari 1959 – Julai 1962
Gambar : 1.2 : Tan Sri W.H Wilcock
– Pada tahun 1959, beliau dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman sebagai gabenor pertama dan pengerusi lembaga bank pusat Malaya (ketika itu dikenali sebagai Bank Negara Tanah Melayu) selama 2 tahun panjang. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu memperbaharui kontrak kemudian untuk 6 bulan lagi (dia bersara pada tahun 1962).
– Apabila dia tiba di Malaya, Encik HW Wilcock berkata matlamat utama beliau adalah untuk mengetahui bagaimana bank pusat boleh membantu orang-orang Melayu dan pembangunan industri masa depan negara ini.
– Wilcock sentiasa mengiktiraf keperluan untuk Bank Negara yang akan diterajui oleh seorang tempatan. Dalam ucapan sulungnya, beliau berkata: “Saya amat menghargai penghormatan dalam membuat saya gabenor pertama. Tetapi saya percaya paling bersungguh-sungguh bahawa ketua bank pusat sesebuah negara harus menjadi kebangsaan negara itu.”
GABENOR BANK NEGARA MALAYSIA
Tun Ismail bin Mohamed Ali
Julai 1962 – Julai 1980
Julai 1962 – Julai 1980
Gambar 2.1 : Tan Sri Ismail Md Ali
– Beliau dilahirkan pada 16 September 1918 di Pelabuhan Klang, Selangor dan merupakan abang sulung dalam keluarga
– Beliau telah berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Ekonomi Perbendaharaan;pegawai ekonomi di Pulau Pinang; Pengawal di Jabatan Perdagangan Kementerian Perdagangan dan Industri; di Kedutaan Malaysia di Washington DC (1957-1960); Pengarah Eksekutif Bank Antarabangsa bagi Pemulihan dan Pembangunan di Amerika Syarikat.
– Sekembali ke Malaya pada tahun 1960, beliau dilantik sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara dan Gabenor Bank Negara (26 Julai 1962). Beliau memegang jawatan tersebut selama 18 tahun sehingga 26 Julai 1980.
– Sepanjang beliau menjadi Gabenor Bank Negara, beliau dilihat telah memacu dunia perbankan sehingga negara ini muncul dengan konsep yang kukuh dan dihormati di mata dunia. Beliau menjadi ahli bank Malaysia paling terkemuka, menjadi Gabenor Bank Negara dari tahun 1962 hingga 1980, mencatat rekod sebagai gabenor bank pusat yang paling lama berkhidmat di Asia.
Gambar 2.2 : Tandatangan Gabenor Ismail Md Ali
Tan Sri Dato Abdul Aziz bin Taha
Julai 1980 – Jun 1985
Julai 1980 – Jun 1985
Gambar 3.1 : Gabenor Tan Sri Dato Abdul Aziz bin Hj Taha
– Tan Sri Dato Abdul Aziz bin Haji Taha adalah sorang yang terlatih dan bertauliah sebagai akauntan berkanun di Australia pada tahun 1964.
– Berkhidmat di BNM selama 16 tahun iaitu sejak tahun 1969 sebagai Penolong Pengurus Jabatan Pelaburan & Perakaunan.
-Beliau dilantik menjadi Gabenor BNM pada 26 Julai 1980. Walaupun rekod rasmi menyatakan beliau memegang jawatan Gebenor BNM sehingga Jun 1985 namun beliau telah meletak jawatan sebagai Gabenor BNM pada 4 Mac 1985. Ini disebabkan beliau tidak bersetuju dengan Tun Daim Zainuddin selaku Menteri Kewangan dalam polisi kewangan dan Perbankan Bank Negara Malaysia.
Gambar 3.2 : Tandatangan Gabenor Abdul Aziz bin Hj Taha
Tan Sri Dato’ Jaffar bin Hussein
Jun 1985 – Mei 1994
Jun 1985 – Mei 1994
Gambar 4.1 : Tan Sri Dato Jaffar Bin Hussein
– Tan Sri Jaafar Hussein telah dilantik menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia pada 7hb Mac 1985. Beliau merupakan lulusan akauntan dan pernah bekerja di Malayan Banking Berhad (sekarang dikenali sebagai Maybank)
-Beliau telah berkhidmat menjadi Gabenor selama 8 tahun 1 bulan. Dan telah meletak jawatan pada 1hb April 1994.
– Beliau meletak jawatan kerana bertanggungjawab atas kerugian BNM dalam pelaburan matawang ‘Forex’ ketika beliau menjadi Gabenor yg ketika itu Menteri Kewangan pada masa itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim di bawah pemerintahan perdana menteri Tun Dr Mahathir.
Gambar 4.2 : Tandatangan Tan Sri Jaffar Hussein
Tan Sri Dato’ Ahmad bin Mohd Don
Mei 1994 – Ogos 1998
Mei 1994 – Ogos 1998
Gambar 5.1 : Tan Sri Dato Ahmad bin Mohd Don
– Pada April 1982 , beliau menyertai Malayan Banking Berhad(sekarang dikenali sebagai Maybank) sebagai Pengurus Besar, Perbendaharaan. Semasa perkhidmatan beliau dengan Malayan Banking Berhad, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Besar Kanan dan Ahli Lembaga Pengarah, maka sebagai Pengarah Eksekutif.
– Pada Januari 1991, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, jawatan yang beliau memegang sehingga 1994.
– Tan Sri Dato Ahmad bin Mohd Don telah di lantik sebagai Gabenor Bank Negara pada 1 Mei 1994. Beliau telah meletak jawatan pada 1 September 1998. Beliau berkhidmat selama 4 Tahun 4 Bulan.
– Beliau telah meletak jawatan atas sebab tidak bersetuju dengan Tun Dr Mahathir yg ketika itu Perdana Menteri Malaysia dalam urus tadbir dasar kewangan negara.
Gambar 5.2 : Tandatangan Gabenor Tan Sri Ahmad Mohd Don
Tan Sri Dato’ Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman
September 1998 – April 2000
September 1998 – April 2000
Gambar 6.1 : Tan Sri Dato Seri Ali Abul Hassan Bin Sulaiman
– Beliau mula berkhidmat sebagai Pengarah Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri.
– Beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara pada 7hb September 1998.
– Beliau telah bersara pada 1hb Mei 200. Beliau merupakan Gabenor yg paling singkat berkhidmat dalam sejarah Bank Negara Malaysia dgn perkhidmatan selama 1 Tahun 10 Bulan.
– Tandatangan beliau pada matawang Malaysia selalu di salah anggap orang ramai sebagai tandatangan wanita ‘Permaisuri Agong’ yg ketika itu bernama ‘Aishah’ isteri kepada Sultan Selangor (Agong ketika itu)
Gambar 6.2 : Tandatangan Gabenor Tan Sri Ali Abul Hassan bin Sulaiman
Tan Sri Dato Ungku Dr.Zeti Akhtar Binti Ungku Abdul Aziz
Mei 2000 – 2016
Mei 2000 – 2016
Gambar 7.1 : Tan Sri Dato Seri Dr. Zeti Akhtar Aziz
-Beliau dilantik sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia pada 1hb September 1998.
-Kemudian beliau dilantik menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia pada 1hb Mei 2000 sehingga sekarang. Beliau merupakan Gabenor Bank Negara Malaysia yg terdiri daripada seorang wanita. Beliau merupakan Gabenor Bank Wanita yg pertama di Malaysia.
-Terdengar rumus bahawa perkhidmatan nya akan ditamatkan pada April 2016. Jika benar perkhidmatan beliau ditamatkan pada 2016, beliau merupakan Gabenor kedua yg lama berkhidmat selepas Tan Sri Ismail Md Ali.
Gambar 7.2 : Tandatangan Gabenor Tan Sri Zeti Akhtar Aziz
Kenangan Penulis : Teringat ada 1 auntie ni. Dia tanya la penulis ada kumpul duit2 lama ke. Dia kata dia ada satu duit lama. Penulis tanya duit lama yang macam mana. Dia jawab itu duit lama Tun Daim yang sign. Hihihi. Tergelak penulis bila dgr jawapan tu.
Cerita yang selalu kita dengar pula tentang tandatangan ‘Aishah’ atau sign ‘Ali Abul Hassan’ Banyak kisah2 mistik dan cerita andaian yang kita dengar. Ada yg kata sign permaisuri Agong. Ada yg kata sign Puteri Bunian la. Ada yg cerita masa ekonomi lumpuh ketika 1998 datang Puteri Aishah yg tolong bangkitkan ekonomi balik ketika itu. Sebab tu ada sign dia. Hahaha. So penulis harap dengan post ini sama2 kita mengenal Gabenor kita dalam numismatik. Bukan dalam mistik ok.
Cerita yang selalu kita dengar pula tentang tandatangan ‘Aishah’ atau sign ‘Ali Abul Hassan’ Banyak kisah2 mistik dan cerita andaian yang kita dengar. Ada yg kata sign permaisuri Agong. Ada yg kata sign Puteri Bunian la. Ada yg cerita masa ekonomi lumpuh ketika 1998 datang Puteri Aishah yg tolong bangkitkan ekonomi balik ketika itu. Sebab tu ada sign dia. Hahaha. So penulis harap dengan post ini sama2 kita mengenal Gabenor kita dalam numismatik. Bukan dalam mistik ok.
sumber:https://warisanumistik.wordpress.com/category/info-numismatik/
No comments:
Post a Comment
HI