Saturday, 4 June 2016

Peso Filipina

Let share knowledge



Peso (Filipinapiso) (simbolkodPHP) ialah mata wang Filipina. Ia dibahagikan kepada 100 centavos (Sepanyol) atau sentimo (Filipina). Sebelum 1967, bahasa yang digunakan pada nota bank dan duit syiling Filipina ialah bahasa Inggeris and oleh it, "peso" ialah nama yang digunakan. Bahasa yang digunakannya kemudian ditukarkan kepada bahasa Pilipino (nama bahasa Filipina) dan oleh itu, nama yang digunakan pada nota bank dan duit syiling sekarang ialah piso.
Peso biasa dilambangkan oleh simbol "PhilippinePeso.svg". Simbol ini dimasukkan ke dalam piawai Unikod sejak Versi 3.2 dan diperuntukkan U+20B1 (). Cara menulis simbol Peso Filipina yang lain termasuk "PHP", "PhP", "P", atau "P" (P huruf besar dengan corek lintang) yang masih merupakah kaedah yang paling umum kerana simbol Peso Unikod masih tidak disokong oleh fon-fon utama dan/atau pelantar silang.[1]
Duit-duit syiling ditempa di Kompleks Loji Keselamatan Filipina, dengan nota bank, pasport, buku rekod pengenalan pelaut, hak milik tanahcekkertas undi rasmi, keputusan pilihan raya, buku simpanankiriman wangsetem hasilbond kerajaan, dan dokumen-dokumen pemerintahan yang lain dicetak, baik di Kompleks Loji Keselamatan ataupun di Jabatan Percetakan Negara.

Peso Filipino berasal daripada Real de a Ocho, duit syiling perak Sepanyol, atau dolar Sepanyol yang diedarkan secara meluas di benua Amerika dan Asia Tenggarasemasa abad ke-17 dan abad ke-18 menerusi penggunaannya di tanah-tanah jajahan Sepanyol, selain daripada Amerika Syarikat dan Kanada.

Peso fuerte

Rencana utama: Peso fuerte Filipino
Peso Filipina diasaskan pada 1 Mei 1852 apabila Banco Español-Filipino de Isabel II a (kini Bank Kepulauan Filipina) memperkenalkan nota-nota dalam jenis mata wang pesos fuertes ("peso kuat", ditulis sebagai "PF"). Nota-nota itu diedarkan secara terhad dan digunakan untuk urus niaga bank sehingga 17 Oktober 1854, apabila dekri diraja mengesahkan undang-undang kecil Banco Español-Filipina dan peso menggantikan real pada kadar 8 real = 1 peso. Sehingga 1886, peso diedarkan bersama-sama duit syiling Mexico, dengan sesetengahnya masih dinamai "real" dan "escudo" (bernilai 2 peso).
Pengeluaran duit syiling Filipina bermula pada 1861 dan pada 1864, Filipina memperkenalkan sistem perpuluhan dan membahagikan pesonya kepada 100 centimos de peso. Nilai peso ketika itu sama dengan 2267 grain emas. Pada 1886, pihak berkuasa jajahan Filipina mula menghentikan penggunaan duit syiling Mexico di Filipino secara berperingkat-peringkat atas alasan bahawa duit syiling Mexico mempunyai nilai yang kurang daripada duit-duit syiling yang ditempa di Manila.

Zaman revolusi

Untuk menegaskan kemerdekaannya selepas Pengisytiharan Kemerdekaan Filipina pada 12 Jun 1898, República Filipina (Republik Filipina) di bawah Jeneral Emilio Aguinaldo mengeluarkan duit syiling dan mata wang kertas yang disokong oleh sumber semula jadi negara. Duit syiling itu merupakan duit syiling pertama yang menggunakan nama centavo untuk subbahagian peso. Selepas Aguinaldo ditangkap oleh angkatan tentera Amerika Syarikat di Palanan, Isabela pada 23 Mac 1901, peso revolusi tersebut dihapuskan.

Zaman penjajahan Amerika

Selepas Amerika Syarikat menguasai Filipina, Kongres Amerika Syarikat meluluskan Philippine Coinage Act (Akta Pencetakan Duit Syiling Filipina, 3 Mac 1903) yang menetapkan berat dan kehalusan duit syiling Filipina. Peso ditakrifkan sebagai tepat sama dengan setengah kandungan emas Dolar Amerika Syarikat. Keadaan yang sama juga berlaku di kedua-dua Jepun dan Mexico, dengan Peso 50 cent (AS) terus digunakan di kedua-dua Mexico dan Filipina sehingga dekad 1960-an.
Tidak lama selepas pengenalan Peso 50 cent, suatu masalah yang serupa dengan masalah yang dialami di Negeri-negeri Selat berlaku. Harga perak naik dengan begitu pesat sehingga kandungan perak di dalam duit syiling Peso Filipina dan duit syiling dolar Selat baharu melebihi nilai duit-duit syiling pada dirinya. Ini menimbulkan bahaya bahawa sesetengah orang akan meleburkan kedua-dua duit syiling itu untuk mendapatkan peraknya. Oleh itu, pada 1907, duit syiling baharu yang lebih kecil dalam kedua-dua kes tersebut diperkenalkan dengan nilai peraknya yang dikurangkan kepada peringkat yang lebih selamat.

Perang Dunia II

Pada 1942, penakluk Jepun memperkenalkan nota-nota untuk digunakan di Filipina. Nota pengedaran darurat (juga diistilahkan sebagai "peso guerila") juga dikeluarkan oleh bank-bank dan kerajaan-kerajaan tempatan dengan menggunakan dakwat dan bahan yang kasar. Walaupun demikian, nota-nota itu dapat ditukarkan kepada peso perak selepas perang.
Republik Filipina Kedua di bawah José P. Laurel yang disokong oleh Jepun mengharamkan pemilikan mata wang guerila dan mengisytiharkan monopoli terhadap pengeluaran wang, dengan sesiapa yang didapati memiliki nota guerila boleh ditangkap. Disebabkan sifat fiat mata wang Republik Filipina Kedua, ekonomi Filipina mengalami hiperinflasi.
Antara Oktober 1944 sehingga September 1945, kedua-dua angkatan tentera Amerika Syarikat dan angkatan tentera Filipina meneruskan pencetakan peso Filipina, dengan semua terbitan yang lebih awal, kecuali nota guerila darurat, diharamkan dan tidak lagi merupakan wang sah.

Kemerdekaan

Akta Republik No. 265 mencipta Bank Pusat Filipina (CBP, kini digelar Bangko Sentral ng Pilipinas) pada 3 Januari 1949 dan memberikannya kuasa untuk mentadbirkan sistem perbankan dan kredit negara. Di bawah akta itu, semua kuasa untuk mencetak dan menempa mata wang Filipina dipindah daripada bank-bank seperti Bank of the Philippine Islands (Bank Kepulauan Filipina) dan Philippine National Bank (Bank Nasional Filipina) kepada CPB. Pada 1967, bahasa yang digunakan untuk semua duit syiling dan nota bank ditukarkan kepada bahasa Pilipino. Oleh itu, nama mata wang ditukarkan daripada centavo dan peso kepada sentimo dan piso.
Dalam satu ulangan dasar kewangan masa perang Jepun, pemerintahan Filipina gagal menunaikan janjinya untuk menukarkan nota bank dengan duit syiling perak atau emas, semasa berjanji untuk mengekalkan kesetaraan 2 peso = 1 dolar Amerika Syarikat. Keputusan ini, diburukkan lagi oleh pencetakan berlebihan nota bank fiat yang disengajakan, mengakibatkan nilai peso merosot sehingga hampir 300%, berbanding dengan dolar Amerika Syarikat, dalam tempoh tiga jam hari pembukaan. Usaha pemerintahan untuk mengekalkan peg mata wang akhirnya memusnahkan simpanan emas, perak, dan dolar negaranya.
Menjelang 1964, bulion peso perak lama mencapai nilai sebanyak hampir 12 kali nilai mukanya. Oleh itu, bilon tersebut disorokkan oleh orang Filipina yang enggan menyerahkannya kepada pemerintahan pada nilai muka. Dalam keadaan terdesak, Diosdado Macapagal Presiden Filipina ketika itu, menyahwangkan duit syiling perak yang lama lalu mengapungkan mata wang. Sejak masa itu, peso telah menjadi mata wang terapung, dengan nilai mata wangnya merupakan gambaran fizikal hutang dalam negeri. Oleh itu, nilainya terikat kepada tanggapan rakyat terhadap kestabilan rejim semasa dan keupayaannya untuk membayar balik hutang.
Sejak pembukaan Bangko Sentral ng Pilipinas pada 1949, pemerintahan-pemerintahan berturut-turut telah meneruskan penurunan nilai mata wang Filipina demi mengurangkan hutang dalam negeri terkumpul dari segi sebenar. Pada Disember 2005, jumlah hutang tersebut mencecah PHP 4.02 trilion. Banyak orang Filipina melihat nilai peso dari segi kadar pertukarannya dengan dolar Amerika Syarikat dan cenderung menyalahkan mana-mana rejim yang berkuasa kerana kadar pertukaran mata wang peso yang kian merosot.

Ekonomi sekarang

Berdasarkan harga emas semasa, peso Filipina telah hilang 99.9998% daripada nilai 1903-1949 yang asal. Pada 20 Julai 2008, nilai peso Komanwel Filipina 1903-1949, menurut definisi 12.9 grain emas tulen (atau 0.026875XAU), kini berharga ₱1,136.09 dalam pasaran komoditi antarabangsa. Mata wang Filipina didagangkan pada kadar 47.650 peso per dolar Amerika Syarikat pada 15 Oktober 2008.


DUIT SYILING
Duit syiling yang diedarkan sekarang ialah:
  • 5 sentimo
  • 10 sentimo
  • 25 sentimo
  • 1 peso
  • 5 peso
  • 10 peso
Jenis mata wang yang kurang daripada 1 peso nilainya masih digunakan tetapi tidak secara meluas. Pada Disember 2008, suatu ketetapan Kongres Filipina menuntut persaraan dan penyahwangan semua duit syiling yang kurang daripada satu peso.[3] Sejarah pengeluaran duit syiling Filipina adalah seperti yang berikut:
  • 1861: Duit syiling emas dikeluarkan untuk 1, 2, dan 4 peso. Kandungan emasnya sama sahaja dengan duit syiling ½, 1 and 2 escudo Sepanyol.
  • 1864: Duit syiling perak ditempa dalam jenis mata wang 10, 20, dan 50 centimo de peso.
  • 1867: Duit syiling 1-peso perak dikeluarkan.
  • 1898 - 1913: Semasa zaman Revolusi, duit syiling ditempa dengan menggunakan tembaga untuk 1 dan 2 centavo serta 2 centimo de peso.
  • 1903: Duit syiling baharu diperkenalkan dan terdiri daripada:
    Menerusi berat, duit-duit syiling itu dikaitkan dengan peso yang ditempa pada kehalusan .900 dan mengandungi 374.4 grain perak. Duit syiling emas Amerika Syarikat serta duit syiling ½ dan 1 peso merupakan wang sah bagi mana-mana jumlah wang, dengan duit syiling 10 dan 20 centavo merupakan wang sah sehingga 20 peso dan duit syiling yang lebih kecil sehingga 2 peso.
  • 1907: Saiz dan kehalusan duit syiling perak dikurangkan, dengan peso baharu kini merupakan duit syiling 20-gram yang ditempa dengan menggunakan perak .750.
  • 1912: Pengeluaran duit syiling 1-peso ditamatkan.
  • 1920: Pemerintahan Amerika menganggap bahawa penempaan duit syiling perak di Filipina adalah lebih murah and oleh itu, Manila Mint (Kilang Wang Manila) dibuka semula. Kilang itu mengeluarkan duit syiling sehingga zaman Komanwel.
  • 1921: Pengeluaran duit syiling 50-centavo ditamatkan.
  • 1937: Reka bentuk duit syiling ditukar untuk membayangkan penubuhan Komanwel.
  • 1942 - 1944: Tiada duit syiling baharu ditempa pada tempoh ini kerana pendudukan Jepun.
  • 1944: Penempaan duit syiling disambung semula, termasuk pengeluaran duit syiling 50 centavo. Disebabkan banyak duit syiling dikeluarkan antara 1944 hingga 1947, tiada duit syiling yang baharu ditempa lagi sehingga 1958.
  • 1958: Duit syiling yang menggunakan logam asas pada keseluruhannya diperkenalkan dan terdiri daripada:
    • 1 centavo gangsa;
    • 5 centavo loyang;
    • 10, 25, dan 50 centavo nikel-loyang.
  • 1967: Duit syiling diubah kepada siri "Ang Bagong Lipunan" untuk membayangkan penggunaan nama Filipina bagi unit mata wang. Aluminium mengambil alih gangsa, dengan tembaga-nikel menggantikan nikel-loyang untuk penempaan duit syiling pada tahun itu.
  • 1972: Duit syiling 1-peso diperkenalkan.
  • 1975: Duit syiling 5-peso diperkenalkan.
  • 1983: Siri flora dan fauna diperkenalkan yang merangkumi duit syiling 2-peso.
  • 1991: Saiz duit syiling dikurangkan.
  • 1994: Duit syiling 50-sentimo dan 2-peso ditamatkan.
  • 1995: Siri duit syiling yang masih digunakan pada hari ini diperkenalkan.
  • 2000: Duit syiling 10-peso diperkenalkan.

Nota bank

Nota bank Filipina kini dikeluarkan dalam jenis mata wang yang berikut:
  •  5 peso*
  • 10 peso*
  • 20 peso
  • 50 peso
  • 100 peso
  • 200 peso
  • 500 peso
  • 1000 peso
(* tidak dicetak tetapi masih merupakan wang sah)
Sejarah pengeluaran nota bank peso Filipina adalah seperti yang berikut:
  • 1852: Banco Español-Filipino de Isabel 2 a mengeluarkan nota untuk 10, 25 dan 50 peso fuerte.
  • 1877: Perbendaharaan Filipina mengeluarkan nota untuk 1, 4 dan 25 peso fuerte.
  • 1896: Banco Español-Filipino de Isabel 2 menambahkan nota 5 peso fuerte.
  • 1898 - 1913: Semasa Perang Sepanyol-Amerika (1898) dan Perang Filipina-Amerika (1899–1913), nota 1 dan 5 peso dikeluarkan atas nama República Filipina.
  • 1903 - 1918: Sijil-sijil perak dikeluarkan dalam jenis mata wang 2, 5, 10, 20, 50, 100, dan 500 peso.
  • 1904: Bank Pusat Filipina memperkenalkan nota dalam jenis mata wang 5, 10, 25, 50, 100, dan 200 peso.
  • 1912: Bank Pusat Filipina menukarkan namanya menjadi Bank of the Philippine Islands (BPI, iaitu Bank Kepulauan Filipina) dan meneruskan pengeluaran nota sehingga 1933.
  • 1916: Philippine National Bank (PNB, iaitu Bank Nasional Filipina) mengeluarkan nota dalam jenis mata wang 2, 5, dan 10 peso.
  • 1917: Nota darurat dikeluarkan dalam jenis mata wang 10, 20, dan 50 centavo, serta 1, 5, 10, dan 20 peso.
  • 1918 - 1941: Sijil-sijil perak digantikan dengan Sijil-sijil Perbendaharaan dalam jenis mata wang 1, 2, 5, 10, 20, 50, 100, dan 500 peso. Antara 1918 hingga 1937, PNB mengeluarkan nota dalam jenis mata wang 1, 2, 5, 10, 20, 50, dan 100 peso, dengan nota-nota itu diedarkan sehingga 1947.
  • 1942: Pemerintahan tentera Jepun mengeluarkan siri pertama antara dua siri wang wang dalam jenis 1, 5, 10 dan 50 centavo, serta 1, 5, dan 10 peso.
  • 1943: Pemerintahan tentera Jepun mengeluarkan siri kedua dalam jenis mata wang 1, 5, 10, 100, 500, dan 1000 peso.
  • 1944: Sijil-sijil Perbendaharaan yang menonjolkan perkataan "Victory" (Kemenangan) dicetak pada bahagian belakang nota dikeluarkan untuk menggantikan semua nota bank yang lebih awal. Jenis mata wang yang dikeluarkan ialah 1, 2, 5, 10, 20, 50, 100, dan 500 peso.
  • 1949: Central Bank of Philippines (CBP, Bank Pusat Filipina) mengambil alih pengeluaran wang kertas daripada Perbendaharaan Filipina. Nota-nota pertamanya ialah cetak tindan pada Victory Treasury Certificate (Sijil Perbendaharaan Kemenangan).
  • 1951: Bank Pusat Filipina mengeluarkan nota biasa dalam jenis mata wang 5, 10, 20, dan 50 centavo, serta 1, 2, 5, 10, 20, 50, 100, 200, dan 500 peso.
  • 1958: Nota centavo (kecuali nota 50-centavo yang kemudiannya dikenali sebagai nota setengah peso) ditamatkan apabila duit syiling Siri Inggeris ditempa buat pertama kali.
  • 1967: CBP menggunakan bahasa Filipina pada mata wangnya, serta nama Bangko Sentral ng Pilipinas.
  • 1969: CBP memperkenalkan nota "Siri Pilipino" dalam mata wang 1, 5, 10, 20, 50, dan 100 peso.
  • 1973: "Siri Ang Bagong Lipunan" diperkenalkan dan termasuk nota 2-peso.
  • 1985: Perubahan radikal berlaku apabila CBP mengeluarkan "Siri Reka Bentuk Baharu".
  • 1987: Nota 500-peso diperkenalkan.
  • 1991: Nota 1000-peso diperkenalkan buat pertama kali.
  • 2002: Nota 200-peso diperkenalkan.
Siri BSP (juga dikenali sebagai Siri Reka Bentuk Baharu)
ImejNilaiWarna UtamaPemerihalanTahun Terbitan Pertama
Bahagian depanBahagian belakangBahagian depanBahagian belakang
Bahagian depan nota bank 5-pesoBahagian belakang nota bank 5-peso5 piso*HijauEmilio AguinaldoPengisytiharan Kemerdekaan Filipino1985
Bahagian depan nota bank 10-pesoBahagian belakang nota bank 10-peso10 piso*PerangApolinario MabiniGereja Barasoain1985 (versi pertama)
Bahagian depan nota bank 10-pesoBahagian belakang nota bank 10-peso10 piso*PerangApolinario Mabini dan Andres BonifacioGereja Barasoain dan Persetiaan Berdarah Katipunan1998 (versi kedua)
Bahagian depan nota bank 20-pesoBahagian belakang nota bank 20-peso20 pisoJinggaManuel L. QuezonIstana Malacañang1986
Bahagian depan nota bank 50-pesoBahagian belakang nota bank 50-peso50 pisoMerahSergio OsmeñaMuzium Negara Filipina (bekas Bangunan Perundangan)1987
Bahagian depan nota bank 100-pesoBahagian belakang nota bank 100-peso100 pisoUnguManuel A. RoxasBangko Sentral ng Pilipinas1987
Bahagian depan nota bank 200-pesoBahagian belakang nota bank 200-peso200 pisoHijauDiosdado P. MacapagalRevolusi 2 EDSA Filipina2002
Bahagian depan nota bank 500-pesoBahagian belakang nota bank 500-peso500 pisoKuningBenigno S. Aquino, Jr.Kesatuan Filipina1987
Bahagian depan nota bank 1000-pesoBahagian belakang nota bank 1000-peso1000 pisoBiruJose Abad Santos, Jen. Vicente Lim, dan Josefa Llanes EscodaBanaue Rice TerracesManunggul Jar, dan Langgal Hut1991
Untuk piawai jadual, lihat jadual spesifikasi wang kertas.
(* tidak dicetak tetapi masih merupakan wang sah)

Nota bank polimer


Pada 8 Julai 2009, Bangko Sentral Ng Pilipinas (BSP) mengumumkan bahawa ia akan memanggil balik semua nota bank yang diperbuat daripada kapas abaka tidak lama lagi dan menggantikannya dengan siri semua-polimer. Bagaimanapun, ini masih dalam peringkat perancangan, dengan tiadanya tarikh tertentu yang ditetapkan untuk pencetakan dan penggantian

Nota bank "Arroyo"

Pada 2005, sebilangan nota 100-peso dengan nama keluarga Presiden Gloria Arroyo yang salah dieja sebagai "Arrovo" kedapatan dalam edaran. Beberapa hari kemudian, BSP mengarahkan supaya penyiasatan dibuat tentang perkara tersebut. ini di kategori sebagai "Rare" bagi kolektor


Masalah penipuan duit syiling 1-piso






Pada Ogos 2006, orang awam di Emiriah Arab Bersatu mendapat tahu bahawa duit syiling 1-peso mempunyai saiz yang tepat sama dengan duit syiling 1 dirham mereka.[6] Oleh sebab 1-peso hanya bernilai 7 fil (0.07 dirham), ia mengakibatkan penipuan mesin layan diri di negara itu. Penipuan yang serupa juga berlaku di Amerika Syarikat kerana duit syiling 1-peso itu hampir sama saiznya dengan duit syiling dua puluh lima sen dan hanya bernilai 2 sen Amerika Syarikat. Bagaimanapun, meter letak kereta digital yang lebih baharu tidak terjejas oleh penipuan ini.


Persamaan duit syiling 10-piso dengan duit syiling 2 Euro[sunting | sunting sumber]

Saiz duit syiling 10-peso juga serupa dengan saiz duit syling 2 Euro dan oleh itu, mudah salah dianggap sebagai duit syiling Euro di Kesatuan Eropah.



sumber:https://ms.wikipedia.org/wiki/Peso_Filipina



No comments:

Post a Comment

HI