Saturday, 4 June 2016

Pengenalan Numismatik

Let share knowledge

Post sy pada sblm ini telah menceritakan apa itu ‘Numismatik’. Dan soalan2 yg sering sy dapat ketika mula2 menceburi bidang ini. Byk soalan2 yg sy dpt bertanyakan apa keistimewaan hobi numismatik berbanding dgn hobi2 yg lain. Berbaloikah kalau kita melibatkan diri dalam bidang numismatik ini.
Berbaloi atau tidak bagi saya itu terpulang kpd individu msg2. Setiap orang mempunyai hobi yg tersendiri. Selagi kita tidak dalami hobi tersebut kita tidak akan tahu apa keistimewaan hobi tersebut. So post ini sy nk ceritakan apa keistimewaan hobi numismatik.
DEFINISI NUMISMATIK
– Numismatik merupakan kaedah saintifik dan analisis utk pengajian duit2 lama berdasarkan sejarah sesebuah negara. ‘Numismatik’ dlm erti lain bermksud pengumpulan dan pengajian tentang matawang2 lama yg merangkumi syiling, wang kertas, medal, kupon, token dan lain2 yg sama dgn nya.
1- MENGUMPUL WANG LAMA
Asas penting bg Numismatik adalah mengumpul wang lama. Mereka ini dikenali sbg kolektor. Kolektor ini dtg drpd berbagai sebab. Antaranya pengaruh kwn2. Tertarik dgn harga duit2 lama. Peminat sejarah. Pewaris turun temurun dari generasi lama. Dan mereka yg berniaga jual beli wang lama. Ada berbagai sebab kenapa  kita menjadi kolektor matawang lama. Anda pula apa sebab nya…
image
Gambar 1 : Duit British North Borneo di Muzium Sasana Kijang
2- MENGENALI SEJARAH MELALUI DUIT LAMA
Duit2 lama selalunya dikaitkan dgn sejarah2 atau politik yg dialami oleh sesebuah negeri atau negara. Melalui numismatik kita bole mengenali sejarah yg berlaku di negara tersebut. Dgn kajian numismatik kita bole menyimpulkan sesuatu peristiwa yg berlaku di negara atau negeri tersebut. Contoh adalah kajian duit ‘Pitis Sultan’, Duit Penjajahan, Coin Token Merchant dan lain2. Kerana tanpa mengkaji sejarah kita tak akan tahu asal usul duit tersebut.
image
             Gambar 2 : Gambaran pelukis Eropah penaklukan Melaka pada zaman dahulu
3- MENGKAJI ASAL USUL SESEBUAH BANGSA
Dgn numismatik kita bole mengkaji asal usul sesebuah bangsa. Ini kerana matawang telah dicipta ribuan tahun dahulu dan setiap bangsa di dunia menggunakan matawang sbg urusan seharian di dlm jual dan beli. Setiap duit mempunyai cerita nya tersendiri.
image
             Gambar 3 : Gambar bangsa Melayu pada zaman dahulu
4- MENGENALI DAN MENGHARGAI MATAWANG
Pepatah org2 tua pernah kata tak kenal maka tak cinta. Jika kita tak kenal hobi ni kita tak akan pernah hargai matawang yg kita pernah gunakan dulu dan sekarang. Dgn numismatik ini kita berharap agar matawang2 lama dpt dihargai agar ianya bole menjadi tatapan untuk generasi akan datang utk mengenali matawang2 yg pernah wujud. Selain itu kita mahukan generasi akan datang untuk pelihara matawang2 dahulu yg kian pupus kerana ianya tidak dijaga dgn baik.
image
             Gambar 4 : Duit yg disimpan di Muzium Sasana Kijang
5- HOBI YANG MEMBAWA KEUNTUNGAN
Mengumpul duit lama ternyata bukan la hobi yg sia2 kerana rata2 kolektor duit lama kbykn nya bole membawa keuntungan dgn hobi mereka. Ini disebabkn bkn di Malaysia sahaja yg ada kolektor2 duit lama. Tetapi bidang numismatik ini merangkumi 1 dunia. Bermkna setiap negara, setiap pelusuk ada kolektor duit2 lama. Dan ada sesetgh duit lama bole dijual dgn nilai yg mencecah ratusan ribu hingga ke jutaan ringgit. Dan ada juga kolektor yg berjaya membukak bisnes sbg hasil pencarian dgn menjual duit2 lama. Kerana peminat mengumpul duit2 lama ini tidak pernah putus drpd masa ke semasa.
image
               Gambar 6 : Money fair yg dihadiri di Johor Bahru anjuran persatuan Numismatik Malaysia

sumber:https://warisanumistik.wordpress.com/2015/11/06/pengenalan-numismatik/

No comments:

Post a Comment

HI