Saturday, 4 June 2016

Kebangkitan Matahari Daripada Timur

Let share knowledge

JEPUN
– Jepun merupakan sebuah negara pulau yg terletak di Timur Asia. Mengikut sejarah China, org2 Jepun merupakan org yg telah dibuang daripada China ketika pemerintahan Maharaja China yg pertama setelah mereka gagal utk mencari ‘ubat hidup kekal’ utk maharaja China. Kerana mereka takut akan hukuman yg menanti kerana gagal, mereka melarikan diri dan menuju ke satu pulau yg jauh drpd Tanah besar China.
– Masa berganti masa. Zaman berganti zaman mereka membina sebuah Empayar yg besar.
image
Gambar 1.0 : Peta Empayar negara Jepun
-Terdapat sejarah bahawa Gengis Khan cuba utk menakluk Empayar Jepun namun gagal apabila tentera Gengis Khan dibadai ombak ribut yg kuat di tengah laut ketika hendak mendarat di Kepulauan tersebut. Sejak itu org Jepun menggelarkan ia sbg ‘Angin Suci’ yg telah menghalau musuh mereka.
image
Gambar 2.0 : Gambaran pelukis menunjukan tentera Gengis Khan di badai ribut kuat ketika hendak mendarat di Kepulauan Jepun.
– Di Zaman permerintahan Melaka mereka dikenali sbg Orang Ryuku yg dtg drpd kepulauan Ryuku. Mereka juga membina Empayar yang sama hebat seperti Empayar China, Melaka, dan sewaktu dengan nya. Mereka juga berdagang ke negara lain seperti empayar2 lain juga.
Zaman Kolonial
Pada penghujung tahun 1890 an, di Asia telah berlaku Zaman Kolonial. Kbykn negara2 Asia telah dijajah oleh penjajah Barat. Penjajah telah menjajah Asia bermula pada tahun 1600 dan sejak dari itu byk negara2 Empayar barat telah menghantar tentera dan penduduk nya untuk menjajah di Asia. Dan bermula la Zaman Kolonial untuk Asia.
image
image
Gambar 3.0 : Jepun juga menghasilkan coin ketika Zaman Kolonial seperti coin Hispan Spanyol. Coin ini disebut Coin Meiji di era pemerintahan Maharaja Meiji
Jepun terasa ia nya seperti satu ancaman untuk Negara dan Empayar nya. Jepun juga mengikut jejak Empayar Barat untuk meletakkan askar dan penduduk nya di serata Asia. Bermula drpd China dan Semenanjung Manchuria (Korea). Namun terdapat satu lagi kuasa besar yg menghalang cita2 Jepun untuk mendapatkan kolonial di Asia iaitu Empayar Russia. Ketika itu Russia telah meluaskan kuasanya hingga ke Manchuria.
Pada 25 Ogos 1904, tentera darat Jepun telah berjaya mengalahkan tentera Rusia dalam pertempuran di Liao-yang di Selatan bandar Mukhden. Ia dikenali sbg Perang Jepun-Russia (Japan-Russo War). Ini merupakan perang Jepun yg pertama dalam Zaman Kolonial. Berita ini telah membuatkan Empayar Barat membuka mata kebangkitan satu Empayar Timur yg berjaya mengalahkan satu Empayar yg besar. Begitu juga dengan penduduk Asia rata2 ketika itu di jajah di bawah Penjajah Barat.
image
Gambar 4.0 : Tentera Jepun berperang dgn Askar Russia di dlm pentempuran Liao-Yang
Impian kerajaan Jepun tidak terhenti di situ. Walaupown Jepun telah berjaya berjaya menghalau askar Russia drpd Manchuria, Jepun cuba untuk mendapatkan Machuria yg penuh dgn hasil bumi. Jepun juga memasang impian untuk meletak penaklukan nya di negara China seperti mana Empayar British, Russia, Germany, Perancis & Amerika meletak penaklukan nya di China.
PERANG DUNIA KE-2
Penghujung tahun 1939 merupakan saat2 perit bg penduduk dunia Eropah dan Asia. Negara2 kuasa besar cuba meluaskan empayar yg dibina. Di Eropah negara2 seperti Britain, Perancis dan Belanda meluaskan kuasanya ke negara2 Asia dan Amerika Selatan melalui penaklukan kolonial. Namun negara Germany cuba meluaskan kuasanya melalui peperangan dgn negara jiran nya. Germany yg dipimpin oleh pemimpin mereka iaitu Aldof Hitler berimpian cuba untuk mengusai Eropah dan Dunia. Jepun juga tidak terlepas cita2 nya seperti Germany. Iaitu cuba mengusai seluruh Asia dan menghalau semua penjajah2 Barat yg berada di Asia.
image
               Gambar 5.0 : Kawasan taklukan tentera Jepun di Asia
Jepun yg dibawah pemerintahan Maharaja Meiji dan pemerintahan tentera telah mengunakan slogan ‘Kemakmuran bersama Asia Timur’ dan ‘Asia untuk Asia’ cuba memujuk penduduk di negara Asia utk menyokong kempen nya utk mengusai Asia. Namun ada negara yang menolak kerana mereka tahu kekejaman tentera Jepun yg berlaku di Manchuria. Namun Jepun tetap dgn pendirian nya untuk melancarkan perang dan menakluk negara jiran nya di Asia.
the_imperial_japanese_navy__several_resolutions__by_jpviktorjokinen-d5rvyo9
Gambar 5.1 : Bendera ‘Rissing Sun’ yg digunakan oleh Tentera Jepun
Berikut garis masa ketika berlaku perang dunia ke-2 di Asia.
1939
1939 – Jepun telah menyerang Manchuria
11
Gambar 5.2 : Tentera Jepun menyerang Manchuria
1940
1940 – Jepun telah tandatangan ‘Tripartite Pact Sign’ antara Germany Nazi dan Italy. Mereka digelar sbg ‘Pakatan Axis’
1940 – Jepun telah mendarat di Indochina
image
Gambar 5.3: Tentera Germany Nazi dan Tentera Jepun bertemu dlm satu perjumpaan rahsia
1941
7 Dec 1941 – Jepun telah menyerang pangkalan tentera laut dan udara Amerika di Pearl Habour Hawaii
image
Gambar 6.0 : Persiapan tentera udara Jepun sebelum menyerang Pearl Habour
image
Gambar 6.1 : Pearl Habour setelah di serang oleh tentera Jepun
8 Dec 1941 – Jepun mendarat di Wake Island, Guam, Thailand, Tanah Melayu, Filipina, dan Shanghai
image
Gambar 6.2 : Tentera Jepun memasuki Tanah Melayu dgn menaiki basikal sebagai pengangkutan nya
9 Dec 1941 – Jepun mengebom pangkalan laut British di Singapore
10 Dec 1941 – Jepun mendarat di Filipina dan meluaskan jajahan nya di Guam
11 Dec 1941 – Jepun menyerang Burma
16 Dec 1941 – Jepun menyerang British Borneo
18 Dec 1941 – Jepun menyerang Hong Kong
image
Gambar 6.2 : Tentera Jepun mendarat di Hong Kong
22 Dec 1941 – Jepun menyerang Luzon, Filipina
image
Gambar 6.3 : Kereta kebal Jepun memasuki Luzon Filipina
23 Dec 1941 – General Mc Acthur berundur drpd Manila ke Bataan. Jepun mengusai Wake Island.
25 Dec 1941 – British menyerah kalah di Hong Kong
27 Dec 1941 – Jepun mengebom Manila, Filipina
image
Gambar 6.4 : Berita pengeboman Manila di dalam surat khabar
1942
7 Jan 1942 – Jepun menyerang Bataan di Filipina
11 Jan 1942 – Jepun mendarat di Dutch East Indies dan Ducth Borneo
16 Jan 1942 – Jepun mara di Burma
image
Gambar 6.5 : Tentera Jepun sedang mara di Burma
18 Jan 1942 – Jepun menandatangan perjanjian ketenteraan di antara Germany Nazi dan Italy
19 Jan 1942 – Jepun kuasai North Borneo
23 Jan 1942 – Jepun kuasai Rabaul di New Britain di Solomon Island. Mendarat di Boungainville.
2 Feb 1942 – Jepun mendarat di Jawa di Dutch East Indies
8/9 Feb 1942 – Jepun menyerang di Singapore
14 Feb 1942 – Jepun mendarat di Sumatra di Dutch East Indies
15 Feb 1942 – British menyerah kalah di Singapore
19 Feb 1942 – Serangan kedua terbesar selepas Pearl Habour dilancarkan untuk menyerangDarwin Australia / Jepun mendarat di Bali, Ducth East Indies
image
Gambar 6.6 : Serangan besar besaran tentera udara Jepun di Darwin Australia
7 Mac 1942 – British berundur drpd Ragaoon Burma / Jepun mendarat di Salamauwa & Lae di New Geunie
8 Mac 1942 – Belanda di Jawa menyerah kalah
23 Mac 1942 – Jepun mendarat di Andaman Island di Bay of Bengal
Dalam masa 1 tahun setengah Jepun telah mengusai hampir keseluruhan Asia dan berada di bawah kuasa ketenteraan nya. Dalam masa yg sama juga perubahan matawang berlaku ketika Asia di bawah penerintahan tentera Jepun di. Ini disebabkan Jepun telah memperkenalkn matawang mereka sendiri di bawah pemerintahan nya. Keadaan ini telah mengubah dan memperluaskan bidang numismatik di Malaysia. Kita diperkenalkan dengan satu matawang baru yg digelar Japanese Invasion Money atau JIM.
Berikut merupakan duit JIM (Japanese Invasion Money) yang bole dijumpai dlm Numismatik di Malaysia. Selain itu terdapat juga duit JIM bg negara jajahan Asia yg lain seperti Dutch Indies (Belanda Indonesia), Filipina, Indonesia Jawa, Burma, Oceania (Kepulauan Australia), China & Hongkong. Itu sy akan tunjuk di post yg akan datang.
image
Gambar 7.0 : Duit JIM Malaya / Singapore

rss:https://warisanumistik.wordpress.com/2015/11/16/kebangkitan-matahari-daripada-timur/

No comments:

Post a Comment

HI