Saturday 4 June 2016

Duit Kertas Straits Settelments

Let share knowledge


Sejarah Straits Settelments
Straits Settelment bermksud negeri2 Selat di bawah penjajahan British yg terdapat di Tanah Melayu. Apakah yg di maksudkan dgn negeri2 Selat. Negeri Selat bermaksud negeri yg berada di semenanjung Tanah Melayu yg di bawah naungan British dan tidak mempunyai pemerintahan beraja ketika itu.
image
         Gambar 1.1 : Bendera bagi negeri Straits Settelments
image
         Gambar 1.2 : Jata Negeri Straits Settelments
Negeri2 Selat di Tanah Melayu ketika itu terdiri daripada 
1 – Melaka
2 – Singapura
3 – Pulau Pinang
4 – Dinding (Daerah Utara Perak & sempadan negeri Kedah)
image
          Gambar 2.1 : Negeri Straits Settelments di Tanah Melayu
Ada juga negeri2 selat yg berada di luar Tanah Melayu dikenali sebagai 
1 – Keelings Cocos Island (Australia)
2 – Christmas Island (Australia)
3 – Joselton (skrg dikenali sbg Labuan)
image
          Gambar 2.2 : Negeri Straits Settelments luar Tanah Melayu
Straits Settelments [Melaka]
Negeri Selat yg pertama ketika British isytiharkan ketika menduduki tanah Melayu iaitu Melaka ketika terlaksana nya Perjanjian British-Belanda. Iaitu Belanda harus menyerahkan tanah jajahan nya Melaka utk ditukarkan kpd British dgn tanah jajahan British di Indonesia.
image
image
        Gambar 3.1 : Gambar Melaka ketika di awal pemerintahan British
Straits Settelments [Pulau Pinang]
Kemudian selepas ‘Sir Francis Light’ membuka Pulau Pinang dan membeli Pulau Pinang drpd Sultan Kedah ketika itu pihak British mengisytiharkan bahawa Pulau Pinang negeri Selat di Tanah Melayu.
image
image
        Gambar 3.2 : Gambar Pulau Pinang ketika di awal pemerintahan British
Straits Settelments [Singapura]
Pada lewat akhir tahun 1800 terdapat ramai pedagang yg telah berdagang di Asia dan pulau Singapura menjadi transit bg pedagang di Eropah dan Asia setelah kejatuhan Melaka. Antaranya adalah Syarikat British Hindia Timur pada ketika itu byk menjalankan perniagaan terutama di Asia. Ketika itu British telah mendapatkan negeri Singapura dan akhirnya diisytiharkan negeri Selat di Tanah Melayu iaitu di Singapura yg menjadi pusat pemerintahan British yg tertinggi di Tanah Melayu dan transit kepada British di Asia.
image
image
         Gambar 3.3 : Gambar Singapura ketika di awal pemerintahan British
Duit Kertas Straits Settelments
Duit kertas pertama yg dikeluarkan di Tanah Melayu merupakan duit Straits Settelments. Namun duit Straits Settelments ianya hanya digunakan di Singapura setelah British mengeluarkan duit Board Of Commissioner British Malaya (itu saya akan cerita di post seterusnya).  Ianya telah dikeluarkan seawal tahun 1898.
Keluaran Pertama
Duit Straits Settelments keluaran yg pertama dikeluarkan bermula dgn dominasi 1 Dollar, 5 Dollar, 10 Dollar, 50 Dollar dan 100 Dollar. Ianya dikeluarkan pada awal tahun 1898 hingga ke tahun 1924.
image
            Gambar 4.1: Duit Straits Settelments generasi pertama yg dikeluarkan oleh British berdominasi 10 Dollar. Gambar ini ketika penulis bertemu dgn collector tegar duit Straits Settelment tuan Zachary.
image
         Straits Settelments 10 Dollar
        Pick No : KNB7h (K.N Boon Reff)
        Printer : Thomas De La Rue
       Issue Date : 10 July 1916
       Signature : R.G. Wilkinson, A.M. Pountney & P. David
       Obverse : Geometrical Design 
       Reverse : Harimau Malaya
Keluaran Kedua
Duit Straits Settelment keluaran kedua di keluarkan dalam tahun 1925 hingga 1930. Pihak British telah menaiktaraf duit kertas yg dikeluarkan untuk kerajaan Straits Settelments dengan mengeluarkan duit yg bercorak dan bergambar yg menggambarkan keadaan di Tanah Melayu ketika itu. Untuk duit Straits Settelment keluaran kedua ini mempunyai corak gmbar seperti perkampungan rumah di tepi sungai dan laut yg ketika itu terdapat banyak di Singapura dan Tanah Melayu. Duit ini dikeluarkan dengan dominasi 1 Dollar, 5 Dollar, & 10 Dollar.
Keluaran Ketiga
Pada awal tahun 1931, pihak British telah mengeluarkan duit kertas Straits Settelments untuk keluaran yang ketiga. Untuk duit ini telah diubah corak nya dan dihadapan nya diletakkan gambar muka ‘King Edward VII’. Dan dibelakang duit nya diletakkan gambar harimau yang dikenali sebagai Harimau Malaya. Dominasi keluaran bagi duit ini ialah 1 Dollar, 5 Dollar & 10 Dollar.
image
image
         Straits Settelments 1 Dollar
      Pick No : KNB20e (KN Boon Reff)
      Printer : Bradbury Wilkinson & Co
      Issue Date : 1st January 1935
      Signature : Rexx Curral
      Watermark : Tiger Head
      Obverse : King Edward VII
      Reverse : Harimau Malaya
    
image
image
          Straits Settelments 5 Dollar
       Pick No : KNB21e (K.N Boon Reff)
      Printer : Bradbury Wilkinson & Co
      Issue Date : 1st January 1935
     Signature : Rex Curral
     Watermark : Tiger Head
     Obverse : King Edward VII
     Reverse : Harimau Malaya      
Straits Settlements Emergency Issue
Pada tahun 1919 pihak British telah mengeluarkan duit Straits Settelment Emergency Issue. Dominasi bg duit ini adalah 10Cents & 25 Cents.
image
image
image
            Straits Settelment 10 Cents
          Pick No : KNB16a (Treasurer)
                          KNB16b (A.G Treasurer)
         Printer : Thomas De La Rue
         Issue Date : 14th October 1919
         Signature : AM Pountney
         Obverse : Geometrical Design
         Reverse : Geometrical Design
Dan itulah duit-duit Straits Settelments yang digunakan di negeri-negeri Selat terutama Singapura. Duit-duit ini amat susah untuk didapati kerana usianya telah terlalu lama dan amat sukar ditemui lagi. Mungkin jika jumpa ianya telah rosak akibat penyimpanan yang tidak dijaga dengan baik.

No comments:

Post a Comment

HI