Saturday, 4 June 2016

Maybank & Numismatik

Let share knowledge


SEJARAH MAYBANK
Sebelum saya cerita lebih lanjut apa kata kita singkap dulu secebis sejarah sikit.
1960 – Bank ini telah dibentuk dan ditubuhkan oleh raja pedagang Malaysia Khoo Teck Puat bersama-sama dengan beberapa rakan kongsi di Kuala Lumpur. Pada waktu itu bank ini dikenali sbg ‘Malayan Banking Ltd’. Bank ini telah membesar dengan pantas hingga mencapai 150 cawangan di dalam masa 3 tahun. Dan sekarang bank ini telah mempunyai beribu cawangan di setiap negeri di Malaysia.
image
Gambar 1.0 : Logo awal Maybank
image
        Gambar 1.1 : Logo terbaru Maybank
MENARA MAYBANK
Menara Maybank yang terletak di Jalan Tun Perak mempunyai ketinggian 244m (799 kaki)merupakan bangunan tertinggi di Malaysia pada tahun 1988 hingga 1998 sebelum diambilalih oleh Menara Berkembar Petronas.
image
Gambar 2.0 : Menara Maybank di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur
SEJARAH MENARA MAYBANK
Pembinaan Menara Maybank telah dimulakan pada tahun 1984 di Court Hill, di atas tapak bangunan mahkamah seksyen era koloni, dan telah disempurnakan pada tahun 1988. Sebelum pembinaan Menara Berkembar Petronas pada tahun 1995, Menara Maybank merupakan bangunan tertinggi di Kuala Lumpur pada ketinggian 244m (801 ka), hampir separuh dari Menara Berkembar Petronas Twin Towers. Menara masih lagi menjadi sebahagian daripada pencakar langit bandaraya.
Bangunan ini mempunyai 50 tingkat dan siap pada tahun 1987.
image
image
Gambar 2.1: Gambar Menara Maybank dlm pembinaan di tgh bandaraya Kuala Lumpur
MUZIUM NUMISMATIK MAYBANK
Muzium Numismatik Maybank merupakan salah satu daripada muzium yang terdapat di Kuala Lumpur.
Muzium Numismatik Maybank terletak di dalam Menara Maybank di Jalan Tun Perak.Muzium Numismatik Maybank terletak pada tingkat bawah bangunan ini dan mempamerkan himpunan wang kertas dan duit syiling dari awal sejarah Kesultanan Melayu, tempoh koloni, sehingga masa kini, termasuk mata wang negara Asean. Ia mempunyai himpunan duit syiling terbesar di Malaysia.
image
image
Gambar 3.0 : Muzium Numismatik di Menara Maybank
ANTARA KAITAN MAYBANK & NUMISMATIK
– Maybank merupakan salah satu bank yg menghargai duit2 lama dgn membawa balik khazanah numismatik dan disimpan di dlm muzium nya.
– Maybank mempunyai Muzium Numismatik nya sendiri bg mempelihara sejarah warisan duit2 lama di negara kita.
– Gabenor Jaafar bin Hussein merupakan bekas CEO Maybank sblm dia di lantik menjadi Gabenor.
– Gabenor Ahmad bin Mohd Don pernah berkhidmat di Maybank sblm dilantik menjadi Gabenor.
-Dipercayai kes RM1 Ali Abul Hassan ( Aishah) dilepaskan kepada orang ramai berlaku diMaybank cawangan Bukit Mertajam Pulau Pinang. (Kisah drpd otai numis2 lama)
Sumber : Wikipedia
Sumber Gambar : Google
So begitu lah cerita saya untuk post kali ini. Ini lah kaitan nya bank swasta Maybank dan Numismatik.
Jadi di sini juga saya ada menjual Tabung Menara Maybank. Design tabung ini sebijik sama dengan Menara Maybank yg real. Dan sesuai utk dijadikan koleksi atau hadiah. Tabung ini didatang kan dgn kotak khas berdesign logo Maybank. Bg kolektor numis jgn lepaskan peluang ini.  Stok terhad buat masa kini. Jika berminat kwn2 bole dapatkan dgn saya. Hehehe.. (Promote sikit. Jgn marah k.)
image
image
image
Tabung Menara Maybank
              Harga : RM50 /pcs
               Postage : RM8/pcs
           COD : Klang, Shah Alam & Subang
Jika berminat bole hubungi saya di page Warisan Numistik House di Facebook atau bole wassap di no 017-343 0856
sumber:https://warisanumistik.wordpress.com/category/warisan-numistik-house/

No comments:

Post a Comment

HI