Friday, 3 June 2016

Sejarah kegagalan wang kertas

500000000
Category: ARTIKEL EMAS
Penting untuk anda baca !
Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.
Kita telah melihat apa yang sedang berlaku di Zimbabwe sekarang.Bukan Zimbabwe saja,malah banyak negara yang pernah berlaku Hyperinflasi atau kegagalan wang kertas. Yang terkini adalah di Greece dimana bank-bank di sana hanya membenarkan wang dikeluarkan dari mesin ATM terhad kepada 60 dolar sehari sahaja.
Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:
Kerajaan Perancis –tahun 1715
Republik Weimer Jerman – 1922-1923
Hungary 1945-1946
Chile 1971-1981
Peru 1988-1991
Angola 1991 – 1999
Yugoslavia 1992-1995
Belarus 1994-2002
Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
Zimbabwe 2000-2009
Kini Greece….dan seterusnya akan berlaku kepada negara yang menggunakan kertas yang tiada nilai sebagai matawang.
IMG-20150403-WA0049Matawang sebenar adalah emas. Sediakan payung sebelum hujan
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dalam ucapan Hari Raya Aidilfitri 18/1/1999 telah mengakui bahawa wang kertas sebenarnya tidak berharga.
Ini adalah petikan daripada ucapan Tun Dr. Mahathir:
“Sebenarnya matawang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya”
Wang kertas RM1.00 bukan bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1.00 kerana itulah nilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5.00 atau RM10.00.
Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan”
Wang kertas adalah penyimpan nilai yang lemah.
Satu fungsi utama wang yang gagal dimainkan oleh wang kertas adalah penyimpan nilai yang baik. Dengan kata lain, nilai wang kertas akan menyusut dalam jangka masa yang panjang.
500000000Zimbabwe sekarang
Inflasi akan memakan nilai wang anda, menyebabkan nilai wang kertas ditangan anda sekarang tidak akan sama dengan nilainya pada masa hadapan.
Contohnya amat mudah:
Tahun 2005 dengan RM1 anda boleh beli 5 Biji Kuih
Tahun 2010 dengan RM1 and boleh beli 3 Biji Kuih Sahaja
Tahun 2015 ??? 4 Biji = RM2 dimana kemorosatan nilai matawang hampir 50%.
Sejarah telah membuktikan bahawa emas adalah wang yang terunggul dan tiada bandingannya. Dulu, kini dan selamanya..
Wang kertas gagal berfungsi sebagai wang. Ia mempunyai kelemahan yang sangat besar kerana tidak mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri.
Ia gagal menyimpan nilai untuk jangkamasa panjang dan akan merugikan penyimpannya. Musuh utama wang kertas ialah inflasi yang menghakis nilai wang kertas ini.
Menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas akan memberikan ketenangan jiwa kepada penyimpannya.
Kita tidak perlu takut kehilangan nilai dalam jangka masa panjang dan juga kita tidak perlu bergantung kepada pengakuan dan jaminan kerajaan mengenai nilai wang kita.
Jadi mulai hari ini, saya berharap anda semua belajar suatu perkara yang sangat penting iaitu ;
Wang = Emas
Simpan wang = Simpan emas
Adakah hyperinflasi pernah berlaku di Malaysia?
Jawpannya adalah ‘Ya’
MALAYSIA
-Terjadi pada tahun 1942-1945
-Berlaku ketika zaman penjajahan Jepun.

-Selepas kejatuhan Singapura pada 15 Februari 1942 pihak Jepun telah merekacipta nota bank yang baru bagi menggantikan wang British Malayan Dollar.
-Kesemua nota ini ditukar didalam nisbah 1:1 dengan nota wang Jepun.
-Penggunaan wang Jepun ini dikuatkuasakan
-Sesiapa yang tidak mematuhi arahan menggunakan wang Jepun akan dikenakan hukuman yang berat.

-Pada tahun 1942 Jepun mengeluarkan wang kertas 1 sen, 5 sen, 10 sen dan 50 sen, 1 dollar, 5 dollar dan 10 dollar.
2 (1)3 (1)
Contoh duit Jepun 1 sen dan  5 sen
Namun, malang bagi warga Tanah Melayu. Tentera Jepun telah mencetak wang dengan sewenang-wenangnya bagi membeli barangan keperluan tentera mereka.
Contoh di bawah ialah duit 10 dollar pokok pisang. Duit ini dicetak terlalu banyak sehingga menyebabkan hyperinflasi.
7 (1)
Kemudian tentera Jepun bertindak mencetak wang kertas 100 dollar.
6 (1)
Seterusnya pada tahun 1945 pihak Jepun telah mengeluarkan wang kertas 1000 dollar pula.
4 (1)
 Bagi pihak Jepun, mereka boleh membeli apa sahaja barangan yang mereka mahu. Mereka cuma perlu mencetak wang. Rakyat Tanah Melayu yang menanggung akibat daripada inflasi hasil dari cetakan wang.
AKIBATNYA ;

-wang Jepun tidak laku.
-Harga makanan dan lain-lain meningkat dengan banyak.
-Rakyat Tanah Melayu berada di dalam kesusahan
-Rakyat Tanah Melayu yang makan ubi kayu sahaja.

Namun, pada waktu-waktu akhir peperangan kapal terbang British telah menabur wang kertas propaganda Jepun.
Dengan kata-kata berikut :
1 (1)“WANG JEPUN AKAN MATI BERSAMA2 JEPUN”
Apakah tujuan British pada waktu itu?
Memberitahu rakyat Tanah Melayu bahawa wang Jepun tidak akan laku lagi apabila Jepun kalah di dalam peperangan.
Memang betul. Sebaik sahaja Jepun menyerah kalah dan meninggalkan Tanah Melayu, wang mereka menjadi tidak bernilai. Ia hanyalah kertas tanpa nilai.
Bayangkan, anda menyimpan beribu-ribu keping kertas yang diperakui nilainya oleh kerajaan.
Namun sesuatu berlaku seperti peperangan, ketidakpercaya antarabangsa kepada ekonomi kita, kadar pengangguran tinggi, hyperinflasi dan banyak lagi perkara boleh berlaku disebabkan KERTAS ini memang mudah dimanipulasi sehingga menyebabkan ribuan kertas yang anda simpan di tangan mahupon nombor di bank tidak lagi LAKU?
Sejarah sudah pon berlaku sebelum ini. Dan bayangkan sekiranya pada masa tersebut ( zaman Jepun), anda menyimpan beribu-ribu keping emas berbanding wang kertas. Dapat bezakan? Nampak kan?
Emas tetap bernilai walau di zaman apa pon.
Jadi kesimpulannya disini, amat kita galakkan masyarakat untuk berjinak-jinak dan mulakan langkah pertama untuk menyimpan emas. Kita faham pada zaman ini urusan harian masih menggunakan wang kertas.
Bahagikan perbelanjaan anda kepada simpanan emas.

rss:http://www.harimaumintgold.my/portal/sejarah-kegagalan-wang-kertas/

No comments:

Post a Comment

HI