Saturday 4 June 2016

Board Of Commisioners of Currency Malaya ( Wang Kertas Pertama Di Tanah Melayu)

Let share knowledge


Board Of Commisioners of Currency Malaya ( Wang Kertas Pertama Di Tanah Melayu)


Tanah Melayu
Kita sudah sedia maklum bahawa Tanah Melayu sudah wujud lama lagi iaitu di zaman 1400 tahun yang lalu iaitu ketika tamadun hebat Kesultanan Melaka daripada pemerintahan Parameswara Namun bukan sahaja Melaka negeri di Tanah Melayu terdapat negeri2 lain lagi yang tidak kurang hebat nya seperti Melaka seperti Kedah Tua yg wujud pada 1200 tahun yg lalu (Kerajaan Langkasuka) di Utara sejak dari zaman pemerintahan Megat Merong Mahawangsa, & Kerajaan Kelantan-Pattani di Pantai Timur. Ketika itu setiap negeri di Tanah Melayu merupakan satu kerajaan. Negeri2 ini mempunyai kehebatan dan merupakan tamadun yang paling lama di Tanah Melayu. Namun terdapat kuasa asing yang inginkan negeri ini sering mengambil kesempatan untuk menakluk dan mengusai negeri2 ini.
image
              Gambar 2.1 : Gambaran pelukis Kubu Kerajaan Kedah ( Langkasuka) ketika zaman kegemilangan nya
image
         Gambar 1.1 : Keadaan Kerajaan Melaka ketika zaman Kesultanan Melaka
Penjajahan Asing di Tanah Melayu
Selama beribu2 tahun yang lalu banyak kuasa asing cuba untuk mengusai tanah Melayu untuk meluaskan empayar nya dan mendapatkan hasil bumi di Tanah Melayu. Antaranya Siam (yang cuba mengusai negeri di Utara Tanah Melayu), Riau & Palembang (cuba mengusai negeri Selatan tanah Melayu) dan Portugis dan Belanda (Melaka).
image
          Gambar 2.1 : Gambaran pelukis Tentera Siam sedang menyerang Kerajaan Kedah Tua (Langkasuka)
image
          Gambar 2.2 : Gambaran pelukis kapal perang Portugis sedang menyerang Kerajaan Melaka
Penjajahan British di Tanah Melayu
Namun pada lewat 1800 pihak British telah menghantar pelayar mereka melalui Syarikat Hindia Timur British yang berpangkalan di Goa India ke Tanah Melayu untuk mendapatkan hasil bumi di Tanah Melayu terutama bijih timah. Pada asal nya pihak British tidak mahu campur tangan hal2 negeri Tanah Melayu. Namun atas oleh saranan Perdana Menteri Britain ketika itu dan diperkenan oleh Raja British, akhirnya British cuba untuk mendapatkan Tanah Melayu sebagai tanah jajahan kolonial nya. 
Pihak British telah menghantar pegawai pegawai tentera untuk berunding dgn ketua negeri (Sultan) Tanah Melayu bagi mendapatkan Tanah Melayu untuk kawasan jajahan nya. Antaranya pihak British telah meletak ‘Resident’ sebagai wakil bagi pihak British untuk mendapatkan Tanah Melayu. Banyak cara yang digunakan oleh British seperti Surat Perjanjian, Pajakan Jual Beli dan campur tangan British dalam Peperangan Negeri Melayu untuk mendapatkan Tanah Melayu.
image
       Perjanjian Inggeris-Belanda (1824)
    British berjaya mendapatkan Melaka
 
image
         Perjanjian Pangkor (1874)
    British berjaya mendapatkan Perak
image
       Perjanjian Inggeris-Siam (1909)
     British berjaya mendapatkan negeri Kedah, Perlis, Kelantan & Terengganu daripada Siam
image
                  Sir Francis Light
Membuka penempatan di Pulau Pinang & ianya dipajak dan disewa daripada Sultan Kedah kepada British
Pembahagian Negeri di Tanah Melayu
Setelah British mengusai keseluruhan Tanah Melayu, British telah meletakan kesemua negeri di Tanah Melayu di bawah satu pemerintahan bagi memudahkan untuk memerintah. Pihak British telah membahagikan negeri2 Tanah Melayu kepada 3 bahagian. Iaitu Negeri-negeri Melayu yang bersekutu, Negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu dan Negeri-negeri Selat. Jop kita kenal negeri2 tersebut.
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay State)
1- Selangor
2- Negeri Sembilan
3- Perak
4- Pahang
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
(Unfederated Malay State)
1- Kedah
2- Johor
3- Kelantan
4- Terengganu
5 – Perlis
Negeri-Negeri Selat
(Straits Settelment State)
1- Pulau Pinang
2- Melaka
3- Singapura
image
Commissioners of Currency British Malaya
Ketika pemerintahan British di Tanah Melayu pihak British telah memperkenalkan sistem penggunaan wang British untuk berurusan jual beli bagi penduduk Tanah Melayu. British telah mengeluarkan duit syiling nya bg menggantikan penggunaan matawang Sultan dan matawang negeri yg digunakan oleh penduduk tanah Melayu ketika itu. Ianya merupakan zaman permulaan penggunaan matawang penjajah di Tanah Melayu.
image
           Gambar 3.1 : Duit syiling keluaran British pada awal penjajahan Tanah Melayu
                       1 Cent 1939
           Bahan : Bronze (Gangsa)
           Obverse : 1 Cent / Date : 1939 (Commissioners Of Currency Malaya)
            Reverse : King George VI Head (George VI / King / Emperor)
                    1/2 Cent 1940
           Bahan : Bronze (Gangsa)
       Obverse : 1/2 Cent / Date : 1940        (Commissioners Of Currency Malaya)
            Reverse : King George VI Head (George VI / King / Emperor)
Board of Commissioners of Currency Malaya       
Namun pada lewat akhir tahun 1940 pihak British telah mengeluarkan wang kertas bagi kegunaan penduduk Tanah Melayu bagi menggantikan wang syiling. Ini disebabkan pihak British terpaksa mengurangkan penggunaan besi, gangsa dan tembaga bagi menampung kegunaan bagi menghasilkan senjata dan kelengkapan tentera bagi menghadapi peperangan di Eropah ketika itu. Inilah duit kertas yg pertama yang digunakan di Tanah Melayu pada ketika itu. Duit ini dikenali sebagai Board of Commissioners of Currency Malaya.
Duit Board of Commisioners of Currency Malaya telah dikeluarkan seawal tahun 1940 hingga 1941. Namun pengedaran duit ini terhenti seketika disebabkan peperangan yang melanda di Asia dan Tanah Melayu ketika itu. Dan duit di Tanah Melayu terpaksa ditukar daripada di bawah pemerintahan British kepada di bawah pemerintahan Jepun (Japanese Invasion Money Malaya & Singapore) yg saya akan ceritakan di post seterusnya nanti.
Ciri-ciri duit ini dihadapan duit ini diletakan gambar King George VI yang ketika itu Raja yang memerintah British pada tahun itu. Dan di belakang nya diletakan gambar Jata Negeri bagi setiap negeri di Tanah Melayu. Ada sesetengah duit yang tidak mempunyai apa2 gambar di belakang duit nya seperti duit bagi dominasi 1 Cent, 5 Cent dan 10 Cent.
Dominasi bagi duit ini adalah 1 Cent, 5 Cent, 10 Cent, 20 Cent, 50 Cent, 1 Dollar, 5 Dollar, 10 Dollar, 50 Dollar, 100 Dollar, & 1000 Dollar.
Note : 
#B.O.C.O.C – Board Of Commissioners Of Currency
#Pick No diambil daripada KN Boon Refferences
image
image
         1 Cent B.O.C.O.C Malaya
          Pick No : KNB6
          Issue Date : 1st July 1941
          Printer : Thomas De La Rue
          Signature : H.Weisberg
          Obverse : King George VI
          Reverse : Kosong (None)
image
image
        5 Cent B.O.C.O.C Malaya
     Pick No : KNB7a (Salah ejaan jawi)
                   : KNB7b (Betul ejaan jawi)
         Issue Date : 1st July 1941
         Printer : Thomas De La Rue
         Signature : H.Weisberg
        Obverse : King George VI
        Reverse : Kosong (None)
image
        10 Cent B.O.C.O.C Malaya
          Pick No : KNB8a
          Issue Date : 1st July 1941
          Printer : Thomas De La Rue
          Signature : H.Weisberg
          Obverse : King George VI
          Reverse : Kosong (None)
         
image
image
           20 Cent B.O.C.O.C Malaya
     Pick No : KNB9a (Salah ejaan jawi)
          Issue Date : 1st July 1941
          Printer : Thomas De La Rue
          Signature : H.Weisberg
          Obverse : King George VI
          Reverse : Jata Negeri Federate Malay State, Unfederate Malay State & Straits Settelments State
image
image
           50 Cent B.O.C.O.C Malaya
     Pick No : KNB10a (Salah ejaan jawi)
                   : KNB10b (Betul ejaan jawi)
          Issue Date : 1st July 1941
          Printer : Thomas De La Rue
          Signature : H.Weisberg
          Obverse : King George VI
          Reverse : Jata Negeri Federate Malay State, Unfederate Malay State & Straits Settelments State
image
          1 Dollar B.O.C.O.C Malaya
          Pick No : KNB11
          Issue Date : 1st July 1941
         Printer : Waterlow & Sons
          Signature : H.Weisberg
          Watermark : Kepala Singa
          Obverse : King George VI
          Reverse : Jata Negeri Federate Malay State, Unfederate Malay State & Straits Settelments including Brunei
image
image
          5 Dollar B.O.C.O.C Malaya
          Pick No : KNB12
          Issue Date : 1st July 1941
          Printer : Waterlow & Sons
          Signature : H.Weisberg
          Watermark : Kepala Singa
          Obverse : King George VI
          Reverse : Jata Negeri Federate Malay State, Unfederate Malay State & Straits Settelments State including Brunei
image
          10 Dollar B.O.C.O.C Malaya
          Pick No : KNB13
          Issue Date : 1st July 1941
          Printer : Waterlow & Sons
          Signature : H.Weisberg
          Watermark : Kepala Singa
          Obverse : King George VI
         Reverse : Jata Negeri Federate Malay State, Unfederate Malay State & Straits Settelments State including Brunei
Board Of Commissioners of Currency British Malaya (Emergency Issue)
Atas sebab2 konflik peperangan yang melanda di Eropah pihak British terpaksa mengeluarkan duit kertas bagi menggantikan duit syiling yang diguna pakai di Tanah Melayu pada lewat 1940. Duit ini dikenali sebagai Duit Emergency Issue. Duit ini design dan di print oleh The Survey Dept Federated Malay State (10 Cent / 25 Cent) & Waterlow & Sons (1 Dollar – 10 Dollar)
Namun terdapat cerita duit ini tidak banyak dijumpai kerana kapal yang membawa duit ini dari Britian ke Tanah Melayu telah di bom oleh pasukan kapal selam tentera Jerman ketika dalam perjalanan ke Tanah Melayu. Terdapat beberapa ribu keping yang terselamat dan dapat diedarkan di Tanah Melayu dan harga nya amat tinggi di pasaran numismatik.
image
       10 Cent B.O.C.O.C Malaya (Emergency Issue)
       Pick No : KNB1
       Issue Date : 15th August 1940
       Printer : The Survey Dept F.M.S
       Signature : L.S Corney
       Watermark : Peta Malaya
       Obverse : King George VI
       Reverse : Kosong (None)
image
image
        25 Cent B.O.C.O.C Malaya (Emergency Issue)
        Pick No : KNB2e
        Issue Date : 1st September 1940
        Printer : The Survey Dept F.M.S
       Signature : L.S Corney
  Watermark : Peta Malaya & Huruf S.D.M (Survey Dept Malaya)
     Obverse : King George VI (Right Side)
      Reverse : Jata Negeri Federate Malay State, Unfederate Malay State & Straits Settelments State
Ini merupakan duit-duit yang digunakan di Tanah Melayu suatu masa dahulu ketika penjajahan British. Kebanyakan generasi sekarang yang penulis jumpa menyatakan tidak pernah jumpa duit2 ini. Semoga jika ada pembaca yang mempunyai duit ini penulis harap dapat lah disimpan duit ini untuk tatapan generasi akan datang. Jika tidak pown boleh la menjual pada kolektor numismatik yang akan sentiasa menjaga warisan ini dari semasa ke semasa. Harga duit ini dikalangan kolektor masih mahal dan akan meningkat daripada masa ke semasa.

sumber:https://warisanumistik.wordpress.com/2016/02/04/board-of-commisioners-of-currency-malaya-wang-kertas-pertama-di-tanah-melayu-2/

No comments:

Post a Comment

HI