Saturday 4 June 2016

Buku Rujukan Numismatik

Let share knowledge

Setiap hobi tak akan lengkap jika tak ada panduan dan rujukan. Sbg contoh Cikgu. Cikgu adalah panduan bg anak murid. Cikgu yg mengajar di sekolah pown perlukan rujukan utk mengajar anak murid nya. Cikgu takkan tibe2 lahir dah pandai. Sblm orang itu jadi cikgu pown seseorang itu perlu belajar untuk dptkan title cikgu tu. So kita anak murid yang belajar dengan cikgu pown perlu belajar untuk pandai. Tapi mcm mana nk belajar. Tanya cikgu saje ke. Kalau ada 1000 soalan takkan kita nk tanya cikgu 1000 soalan tu. Itu baru sorang anak murid. Kalau ada 30 orang anak murid, cikgu tersebut dihujani dgn 30,000 soalan. Maw demam kura2 cikgu tu. Haha. So utk memudahkan keje cikgu tadi, satu rujukan telah dicipta.
Apa rujukan tersebut. Rujukan tersebut adalah ‘BUKU’..
Bila cerita pasal ni sy teringat kisah saya dgn kawan saya dulu. Kisah ini sebelum sy menceburi bidang numismatik. ( Flashback story kejap). Kisah nya mcm ni. Pada 1 ary sy singgah ke rumah kwn saya. Dia merupakan seorang peniaga baju bundle. Dia jemput saya masuk ke bilik dia. Di bilik dia saya ternampak baju2 yg digantung di dinding.
Saya tnya la dia. Kenapa baju ni digantung di dinding. Dia kata baju2 ni sume yg jenis rare dan mahal. Harga nya ratusan ringgit. Saya tnya balik. Mane taw baju ni mahal dan rare. Tgk sume sama je. Sekali dia kata kalau nk taw jop kita ke bilik sebelah.
Saya ditunjukkan dengan buku rujukan mengenai baju2 yg lama. Tebal dia mcm kamus dewan bahasa dan pustaka. Dlm tu adalah buku rujukan ttg baju drpd seluruh dunia. Bru sy taw orang meniaga bju lama pown ada buku rujukan. Haha.
So the moral of the story. Untuk memasuki satu bidang kita mesti ada buku rujukan. Supaya kita taw apa yang kita collect dan kumpul. Sama mcm numismatik. Kita tak bole terlalu bergantung dgn bertanya org. Tak rugi jika ilmu itu dicari dan dipelajari sendiri.
Dalam post kali ini saya nk menceritakan tentang ‘BUKU RUJUKAN NUMISMATIK’. Ini penting buat mereka yg baru menceburi bidang numismatik.
Berikut adalah buku2 rujukan yang sy rasa terbaik dan sarankan bagi seorang kolektor Numismatik.
1- MATAWANG MALAYSIA Coins & Banknotes (1967-2014)
Buku ini dihasilkan pada tahun 2014 oleh  NUMIS Coins & Notes. (Nama samaran penulis buku) Dan ini la buku saya yg pertama. Buku ni amat sesuai bg newbis2 atau mereka yg baru menceburi bidang Numismatik. Buku ini mengandungi maklumat duit yg dikeluarkan drpd tahun 1967 sehingga 2014 spt mintage bg coin, printer bg duit kertas, prefix bg duit kertas dan katalog harga semasa bg duit2 lama & baru. (Harga katalog berubah drpd masa ke semasa mengikut permintaan dan pasaran). Bg penulis buku ini mmg sgt sesuai bg newbis. Harga nya juga mampu dimiliki.
image
   Gambar 1.1 : Muka depan buku   Matawang Malaysia
image
Gambar 1.2 : Senarai prefix, printer & katalog bg matawang kertas
image
Gambar 1.3 : Senarai info kondisi bg matawang kertas
2- MALAYSIA, BRUNEI & SINGAPORE Banknotes & Coins 7th Edition 2014 (Trigometric Sdn Bhd)
Buku ini dihasilkan oleh numismatik tanah air yg bernama K.N Boon. Rasa2 jika kita dalam bidang numismatik kita akan kenal nama ini dalam numismatik Malaysia & Singapore. Buku ini merupakan rujukan terbaik kerana buku ini menjadi panduan bg syarikat PMG (Paper Money Gredding) utk mereka mengredkan duit2 Malaysia, Singapore dan Brunei. Dan ia merupakan cetakan yg ke 7.
Di dalam buku ini bukan saja mengandungi info duit lama & katalog senarai harga, malah ada info sejarah bg sesebuah matawang dan pemerintahan bg wang tersebut.
image
Gambar 2.1 : Muka hadapan bg buku Trigometric Malaysia, Brunei & Singapore 7th Edition 2014
image
Gambar 2.1 : Senarai tahun, mintage dan harga bagi coin Malaysia
image
Gambar 2.2 : Buku m’ceritakn sejarah ttg Queen Elizabeth II
3- MALAYSIA, SINGAPORE BRUNEI Coin & Paper Money 21st Edition 
Buku ini dihasilkan oleh seorng numismatik yg bernama Steven Tan. Buku ini bersaiz besar dan merupakan rujukan yg lengkap. Ia merupakan cetakan yg ke-21. Walaupown buku ini tajuk nya Malaysia, Singapore Brunei tp buku ini juga diselitkan info selain duit 3 negara tu. Sbg contoh duit penjajahan Jepun yg lengkap dr negara Malaya, Indonesia, Thailand, Burma dan Oceania dan Rubber Coupon serta Private Money Paper.
Buku ini tidak ad info sejarah namun ia ad sedikit info mengenai duit2 yg ditunjuk dlm buku ni. Bg penulis ia merupakan rujukan yg lengkap. Harga nya agak mahal sedikit tp hasil buku dan info nya penulis sgt berpuas aty.
image
  Gambar 3.0 : Muka hadapan buku Malaysia Singapore Brunei Steven Tan
image
Gambar 3.1 : Senarai katalog rujukan matawang Malaysia dan harga
image
Gambar 3.2 : Diselit senarai katalog matawang penjajahan Jepun bg negara Thailand & Indonesia
4- PENGENALAN MATAWANG ALAM MELAYU Zaman Tradisional
Buku ini dihasilkan oleh Dr Ibrahim Bakar Langkawi. Bole sy katakan dia ni adalah sifu bg duit2 Matawang Alam Melayu dan Nusantara. Dr Ibrahim merupakan numismatik yg giat mengkaji duit2 kesultanan Melayu. Buku ini sgt unik dan perlu dimiliki bagi kolektor yg ingin collect duit2 lama zaman pemerintahan Sultan Melayu.
Mereka yg treasure hunter atau geng2 Metal Detactor sangat sesuai utk memiliki buku ini. Buku ini menceritakan sejarah asal usul bg duit2 matawang alam Melayu bg setiap kerajaan negeri di Tanah Melayu dan Nusantara. Buku ini menceritakan ttg sejarah dan info duit zaman dahulu yg dikenali sbg ‘Pitis’ ‘Kenton’ ‘Dirham’ ‘Dinnar’ dan lain2. Tiada katalog harga bg duit2 tersebut dalam buku ini. Bg penulis buku ini bkn saja membawa kolektor utk mengenali duit malah sejarah yg berlaku di Tanah Melayu sblm kedatangan penjajah barat.
image
Gambar 4.0 : Muka hadapan buku Pengenalan Matawang Alam Melayu
image
Gambar 4.1 : Isi kandungan di dlm buku tersebut
image
Gambar 4.2 : Info ttg sejarah Matawang Sultan beserta gmbar
5- THE JAPANESE OCCUPATION OF MALAYA (SINGAPORE) AND ITS CURRENCY
Bagi peminat duit penjajahan Jepun ketika perang dunia ke-2, mesti kene dapatkn buku rujukan ni. Buku ini dihasilkan oleh Sifu Wong Hon Sum. Buku ini menceritakan info duit penjajahan ketika penaklukan Jepun di Tanah Melayu dan Singapore.
Buku ini bukan setakat menceritakan info bg duit penjajahan Jepun malah segala  sejarah yg berkaitan ketika perang dunia ke-2. Daripada duit Jepun sehingga kpd duit Propaganda, Bond, Poster dan lain2. Buku ini mmg sgt lengkap bg seorang kolektor tegar duit Penjajahan Jepun. Buku ini tidak mempunyai katalog harga.
image
Gambar 5.1 : Muka hadapan buku The Japanese Occupation Malaya (Singapore) And Its Currency
image
Gambar 5.2 : Info berkaitan duit penjajahan Jepun
image
Gambar 5.3 : Info menunjukkan duit Propaganda ketika era Perang Dunia ke-2
Peringatan : Harga katalog duit lama di dalam buku rujukan sentiasa berubah mengikut masa dan permintaan. Bukan semua harga duit lama mahal seperti angan2 mat jenin yg nk cepat kaya inginkan berjuta2 bg sekeping duit tanpa mengkaji nilai nya dulu. Ingat bukan harga yg dicari tapi ilmu numismatik utk diwarisi kpd generasi akan dtg.

No comments:

Post a Comment

HI